Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasaskan (memperlihatkan dsb) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dll), mempunyai (membayangkan dsb) pen­dirian dan kepentingan yg serupa: menanda­tangani perjanjian kerjasama dan ~; se­mangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini; kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,

Puisi
 

Pohon temu tumbuhnya rapat,
     Rapat lagi si pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
     Sahabat setia payah dicari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah perkataan yang betul penggunaannya, "setiakawan" atau "setia kawan"? Terima kasih.Setia kawanEjaan04.04.2013
Tuan, Nilai setia kawan atau nilai setiakawan? Contoh, remaja pada masa ini terlalu mementingkan nilai setiakawan. Adakah ayat di atas gramatis dan dieja dengan betul? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah setia kawan.Ejaan22.09.2021
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan.Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my.Lain-lain09.09.2011

Kembali ke atas