Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tiap] | ستياڤ

Definisi : 1 satu-satu drpd…; masing-masing: ~ orang mesti datang berlatih petang ini. ~ orang mempunyai perasaan. 2 berulang dr semasa ke semasa; saban: Perayaan itu diadakan ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,

Puisi
 

Cendawan tumbuh di batang,
     Diambil orang setiap hari;
pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang,
     Pengantin duduk suami isteri.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara !Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkapTatabahasa27.07.2007
Salam sejahtera. Kemusykilan - Yang manakah betul? pada setiap masa setiap masa pada setiap hari setiap hari terima kasihFrasa yang betul ialah "pada setiap masa" dan "pada setiap hari".Tatabahasa23.08.2011
pada setiap hari / setiap hariYang betul ialah "pada setiap hari"Tatabahasa10.03.2010
1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul?1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Kedua-dua ayat tersebut betulTatabahasa11.06.2009
Adakah kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan setiap hari atau setiap petang?

Saudara Choi,

Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari dan pada setiap petang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa10.06.2009
1) Setiap hari 2) Pada setiap hari Yang manakah satu betul ?Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa12.04.2013
Perkataan 'di' dan 'setiap' perlu dirapatkan atau tidak? Apa alasannya?Yang betul ialah pada setiap ..., bukan di setiap ... kerana situasi ini menunjukkan keterangan waktu dan tempat bukan tempat (di sudut) atau perbuatan (dibuat).Tatabahasa07.05.2009
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
Setiap hari, aku bersama-sama ayah melukis dan bermain bola. (penggunaan bersama-sama dalam ayat ini betul tak?) terima kasih!Penggunaan "bersama-sama" dalam ayat adalah betul.Tatabahasa21.10.2013
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat?Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka.Tatabahasa04.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas