Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ti.ba] | ستيبا

Definisi : sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ti.ba] | ستيبا

Definisi : sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setiba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya?

1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 

2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera.

3. Boleh.

4. Budak itu membuang sampah di atas lantai.

5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan.

6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.

Lain-lain09.10.2009

Kembali ke atas