Saudara Nur Farihin,
'Ialah' dan 'adalah' merupakan kata pemeri. 'Ialah' digunakan di hadapan kata nama dan bersifat ekuatif, manakala 'adalah' digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama dan bersifat huraian. Contoh : i. Perkara yang dibincangkan ialah masalah setinggan. ii. Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan kemahiran pekerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Thanks for clicking. That felt good.