Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah betul? 1. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau. ATAU 2. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau. Terima kasih | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.
| Lain-lain | 22.03.2018 |
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ? | 1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan beribu dan beribu-ribu. 3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul; 1. Keluarga Ali mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Ayat yang gramatis ialah: 1. Keluarga Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
1. Pengerusi memulakan Mesyuarat Ke-52 Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dengan mengucapkan salam dan menjemput semua ahli JLAKS yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah memohon keberkatan kepada Allah SWT. 2. Pengerusi seterusnya mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JLAKS yang hadir ke mesyuarat JLAKS kali Ke-2 pada tahun ini. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa JLAKS yang baru dinaikkan pangkat mulai 19 Sep 13 yang lalu seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasih | Selamat ptg: Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut: DAULAT TUANKU,1"> MERAFAK SEMBAH,1"> UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, 1"> SEMBAH TAKZIM, DARIPADA1"> | Lain-lain | 08.11.2016 |
Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds". | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya. Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat. | Ejaan | 24.04.2018 |
Assalamualaikum dan Salam perpaduan, Puan, PENGGUNAAN PERKATAAN "NASIONAL DAN "NEGARA" BAGI TUJUAN URUSAN RASMI KERAJAAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebuah agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Selaras dengan itu, pelbagai program/aktiviti dianjurkan termasuklah penghasilkan penerbitan yang bertujuan mempromosikan keharmonian. 3. Jabatan pada masa kini menggunakan perkataan Negara dan Nasional bagi program/aktiviti dan penerbitan Jabatan. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon pihak puan sebagai pakar rujuk untuk memberi pencerahan mengenai maksud perkataan "Negara" dan "Nasional", perbezaan serta kesesuaian penggunaan kedua-dua perkataan tersebut bagi maksud yang dinyatakan di atas. Ini bertujuan untuk memastikan agar jabatan dapat menggunakan perkataan tersebut mengikut kesesuaian maksud perkara yang hendak disampaikan. 4. Kami amat agar pihak puan dapat memberikan maklumbalas dengan kadar segera dan segala perhatian dan kerjasama pihak puan didahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, Sharifah Rahimah Binti Syed Othman Bahagian Korporat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Untuk makluman puan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “nasional” bermaksud berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan, manakala perkataan “negara” mempunyai beberapa maksud, iaitu i. sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, ii. kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri dan iii. yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan). Dari segi peristilahan pula, nasional ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris national dan negara ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris nation, state dan country. Oleh itu, kedua-dua perkataan, iaitu nasional dan negara boleh digunakan bergantung pada maksud dan konteks ayat. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat membantu pihak puan menggunakan perkataan yang betul dalam program, aktiviti dan penerbitan di jabatan puan. 1"> | Makna | 22.11.2016 |