Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah? | Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah. | Istilah | 24.05.2012 |
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. Sekian | Sdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih. | Lain-lain | 20.08.2007 |
Merujuk kepada pertanyaan tentang kata tanya "di mana" yang membawa maksud "which" dan "where", ayat seumpama adalah seperti berikut. Beliau membaut satu andaian di mana keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. Adakah penggunaan "di mana" sesuai bagi atas di atas? Jika tidak sesuai, bolehkah cadangkan apakah frasa atau kata yang boleh digantikan? Sekian terima kasih. | Beliau membaut satu andaian, apabila keadaan dua Korea adalah lebih baik berbanding dengan keadaan yang sedia ada sekiranya penyatuan semula berlaku pada masa ini. - perkataan apabila menggantikan 'di mana' dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Mohon pandangan, adakah perkataan 'body kit' sesuai digunakan untuk premis aksesori kenderaan...? Mohon cadangan ayat yang sesuai bagi iklan seumpama ini. TK | Untuk makluman, perkataan 'kit' memang terdapat dalam istilah dan kamus terbitan DBP. Kit dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang. Walau bagaimanapun, perkataan body kit tidak boleh digunakan kerana merupakan perkataan bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah kit badan kenderaan atau kit bahagian kenderaan. | Istilah | 02.11.2011 |
Salam tuan, Dalam bahasa Inggeris, disebut 'switch off' atau switch on' bagi maksud menutup atau membuka suis lampu, kipas dan yang seumpama dengannya. Soalan saya: Apakah istilah bahasa melayu yang tepat bagi kedua-dua dalam bahasa Inggeris berkenaan. t.kasih | Padanan bagi 'switch off' ialah suis tutup, manakala 'switch on' ialah suis buka. | Makna | 04.10.2010 |
Salam, adakah ayat " Pusat Peralatan Nagivasi" boleh digunakan bagi menunjukan aktiviti premis sebagai kedai menjual GPS? Mohon pandangan dan cadangan ayat yang sesuai bagi premis seumpama ini..TK | Keterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai GPS". | Lain-lain | 10.01.2012 |
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/ | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2013 |
Saya sedang mencari idea tentang kolum bahasa yang ingin saya wujudkan dalam portal bahagian kami. Apakah perkataan atau frasa yang sesuai digunakan selain soal jawab bahasa? | Antara sesi seumpama itu yang pernah dilaksanakan ialah bicara bahasa. | Tatabahasa | 07.04.2010 |
Salam Saya mencari istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk 'maze', iaitu istilah Bahasa Inggeris untuk teka-teki yang mencari jalan/laluan/lorong yang betul untuk tiba ke penamat. Bolehkah dicadangkan teka-teki seumpama itu dipanggil 'TEKA LIKU' dalam versi Bahasa Melayu? Harap Tuan/Puan dapat beri pandangan. Terima kasih. Aidah | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuki "maze" ialah pagar sesat (bidang Pendidikan, Psikologi) dan lorongan keliru (bidang Perubatan). Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "maze" ialah teka lorong keliru atau teka laluan keliru. | Istilah | 27.08.2013 |
ejaan bajet atau baget; | Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamanya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya. | Ejaan | 22.04.2008 |