Salam.. saya nk tanya. Ayah hadiahkan ibu seutas rantai berloketkan berlian Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian Yg mana satu betul? Dan kenapa? TK | Ayat yang betul ialah Ayah menghadiahkan seutas rantai berloketkan berlian kepada ibu dan Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah? | Penjodoh bilangan: 1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas) 2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah) | Tatabahasa | 07.04.2020 |
Kamirul memberi seutas rantai bagi adiknya yang baharu lahir itu. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat itu?? | Ayat yang betul ialah "Kamirul memberikan seutas rantai kepada adiknya yang baharu lahir itu.' | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQ | Jawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |
Pak Ali mengikat kaki kerusi rotan yang hampir rosak itu dengan ____________ rotan. A. seurat B. seutas C. seruas D. selembar | Jawapan yang tepat ialah "seutas" | Lain-lain | 21.05.2014 |
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan? | Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok? | a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokok | Tatabahasa | 14.02.2007 |
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong | 1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. 2. Seutas jam tangan. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
Assalam, 1/ Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi sarap atau sarapan? 2. Apakah pilihan ayat songsang bagi ayat di bawah: Dahlia memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik. Terima kasih | 1. Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi ialah sarapan. Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Maka ayat yang betul ialah Memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik Dahlia. | Istilah | 19.06.2016 |