Salam sejahtera Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya ATAU Mengapa sewa jika andan mampu milik mana satu struktur ayat yang betul? Terima Kasih | Ayat yang betul ialah 'Mengapa sewa jika anda mampu memilikinya'. | Tatabahasa | 13.06.2008 |
Frasa : Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa (gramatis)? | Ayat 'Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa.' adalah gramatis. Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan dua objek. Objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat (ayah), sementara objek yang mengikuti objek tepat ialah objek sipi (sebuah rumah sewa). | Tatabahasa | 04.07.2011 |
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli | Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); | Makna | 21.04.2009 |
iklan rumah sewa atau iklan rumah sewaan mana betul | Ungkapan yang betul ialah "iklan rumah sewa". | Tatabahasa | 16.08.2011 |
Saudara/i, Yang mana betul? 1) Iklan rumah sewa, atau 2) Iklan rumah sewaan Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah "Iklan rumah sewa". | Tatabahasa | 16.08.2011 |
salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasih | Dalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam". | Tatabahasa | 22.10.2013 |
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul? "Selain itu, jika menaiki kereta sewa ada sesetengah pemandu yang kita senang untuk berunding harga tetapi hanya 3 orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 17 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan pendapat ini mungkin kerana mereka menaiki kereta sewa yang menggunakan meter dan agak sukar untuk berunding harga. " | Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas. Sebagai panduan, bina ayat pendek (bukan ayat gabungan) bagi meminumumkan atau meniadakan kesalahan dalam proses membina ayat. Ayat tersebut boleh dipecahkan kepada dua atau tiga ayat bagi menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
CONTOH NOTIS KELUAR DARI RUMAH SEWA | Puan, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan contoh surat seperti yang puan pohon. Walau bagaimanapun, puan bolehlah mengemukakan draf surat tersebut untuk kami semak penggunaan bahasanya. | Lain-lain | 18.10.2010 |
1) apa bezanya perkataan `lanjutan sewa kilang' dengan `lanjutan sewaan kilang'. Selain dari itu perkataan yangmana satu betul ? 2) Perkataan `surat lanjutan tempoh sewaan kilang' atau `surat lanjutan sewaan kilang'? ygmana satu betul. | Jawapan yang betul ialah 1. lanjutan sewaan kilang, 2. kedua-duanya betul. | Lain-lain | 12.05.2010 |
Bagaimanakah format penulisan surat perjanjian sewa beli rumah atau pejabat? | Format yang digunakan oleh agensi guaman dan agensi berkaitan merupakan format yang diterima pakai pada masa kini. | Lain-lain | 07.04.2008 |