Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib? | Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Salam sejahtera, Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasikan masalah ini? Persoalannya, adakah ayat di atas dianggap gramatis? | Ayat yang betul ialah Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasi masalah ini? | Tatabahasa | 29.07.2010 |
terpesong(daripada arah atau landasan yang sewajarnya ) apakah perkataan bagi penerangan di atas? terima kasih.. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasih | Tentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%. | Lain-lain | 21.11.2007 |
Mengapa perkataan bajet masih digunakan oleh kerajaan semasa pembentangan belanjawan 2010? | Bajet ialah bahasa percakapan dan sewajarnya tidak digunakan dalam konteks rasmi. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
kenapa banyak perkataan bahasa inggeris di gunakan dalam bahasa malaysia. contohnya torclait, sigaret, esei, maksimum dan sebagainya. kenapa tiada istilah yang sewajarnya digantikan sebagai istilah rasmi bahasa malaysia ? | Perkataan torclait dan sigaret merupakan bentuk tak rasmi atau bahasa percakapan. Walau bagaimanapun kata esei, maksimum telah diterima sebagai bentuk variasi dalam usaha memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 08.09.2007 |
BOLEHKAH DEWAN MENYEDIAKAN KAMUS MELAYU-INGGERIS. INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU APABILA KITA PERLU MEMBUAT TERJEMAHAN BAHASA MELAYU KE INGGERIS. TERIMA KASIH | Soalan yang demikian sewajarnya dirujuk kepada Bahagian Perkamusan, kerana bahagian tersebutlah merancang dan memutuskan kamus yang sepatutnya diterbitkan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.11.2006 |
-Maksud laporan? -Ciri-ciri untuk menulis laporan? -Format laporan? -Jenis-jenis laporan? -Apa-apa sahaja lagi yang berkaitan dengan laporan -Diharap pihak DBP dapat membeikan kerjasama yg sewajarnya. -Terima kasih | Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan ini : 1. 2. 3. | Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan | Samsuddin Wahab | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2005 | 4. Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/10/1993 | 5. Laras bahasa laporan mesyuarat | Sulaiman Masri | Dewan Masyarakat | 01/09/1996 | 6. Pemantapan bahasa dalam penulisan laporan | Mohamad Ibrahim | Pelita Bahasa | 01/11/2007 | 7. | Lain-lain | 08.05.2008 |
Apakah dialog yang lebih mudah difahami bagi drama tingkatan lima iaitu Jangan Bunuh Rama-Rama? | Dialog yang lebih mudah difahami bagi drama Jangan Bunuh Rama-rama, sewajarnya dirujuk dalam perbincangan kumpulan bersama-sama dengan guru. Dalam hal ini, pada kebiasaannya dalam dialog drama mengandungi dua sisi yang harus difahami iaitu dialog secara langsung dan dialog secara kiasan. Oleh yang demikian, ia perlu dibincangkan bersama-sama bagi maksud pemahaman cerita. Sekian. | Lain-lain | 02.03.2009 |