Apakah perbezaan antara "sewaktu" dan "apabila". Contoh soalan ____________hujan turun dengan lebat, kawasan rendah akan banjir. | Sewaktu bermaksud sama waktu. Dari aspek makna, apabila juga bermaksud sewaktu (sama waktu). Dalam bidang tatabahasa apabila berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat. dalam konteks ayat tersebut, jawapan yang tepat ialah apabila. | Tatabahasa | 10.10.2017 |
Apakah perbezaan penggunaan kata-kata hubung seperti yang berikut, i) apabila ii) semasa iii) ketika iv) tatkala v) sewaktu vi) bila | Untuk makluman tuan, kata hubung apabila, semasa, ketika, tatkala dan sewaktu merupakan kata hubung keterangan waktu. Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu kejadian. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata hubung tersebut mempunyai makna yang hampir sama yang bererti pada ketika itu. Perkataan bila pula ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu yang mana. | Tatabahasa | 04.04.2018 |
Saya ingin bertanya: Apakah maksud sebelum dan sebelumnya? Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan ini? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.
| Tatabahasa | 02.02.2014 |
Saya musykil tentang perkataan sebelum dan mendapatkan. Adakah perkataan-perkataan ini tergolong dalam golongan kata bantu iaitu belum dan dapat? | Perkataan mendapatkan merupakan kata kerja manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.
| Tatabahasa | 17.02.2015 |
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketika | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa. | Istilah | 20.07.2009 |
Bolehkah kedua-dua ayat di bawah di gunakan atau Ayat yang mana satu betul: 1. Ali membaca buku sewaktu menunggu bas. 2. Ali membaca buku sementara menunggu bas. | Ayat yang tepat ialah Ali membaca buku sementara menunggu bas. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila? | Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat. Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan antara perkataan-perkataan yang berikut: a) patik / hamba b) semasa / tatkala / apabila c) bagi / untuk / demi Terima kasih. | a) Hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya, juga digunakan sebagai dialek di sesetengah negeri. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). b. semasa = sewaktu, pada ketika, sama masa dengan, pada ketika yang sama; apabila = semasa, waktu, bilamana, apakala; tatkala sastera lama - ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu); untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk | Makna | 17.09.2006 |
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasih | Agar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada contoh ayat yang dinyatakan di atas. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan. | Lain-lain | 24.04.2019 |