Selamat pagi. Saya ingin bertanya ayat-ayat di bawah betul atau salah: 1. Manusia sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai. 2. Manusia membuang sampah ke dalam sungai sewenang- wenangnya. 3. Manusia membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Sekian, terima kasih. | Kesemua ayat yang dikemukakan adalah betul. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima? | Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima. | Makna | 10.07.2008 |
Adakah DBP pernah menjalankan Research mengenai SMS: adakah ianya membawa keburukan kepada Bahasa Melayu? | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Lain-lain | 21.06.2010 |
Membuat sesuatu perkara dengan seleweng-lewengnya tidak boleh diamalkan.Ayat ini betul?Jika salah bagaimana betulkan ayat itu... | Ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah "Membuat sesuat perkara dengan sewenang-wenangnya tidak boleh diamalkan". | Tatabahasa | 12.11.2008 |
apa maksud abrituari | DBP tidak mempunyai istilah dan makna bagi perkataan 'abrituari' seperti yang dikemukakan. Kami hanya mempunyai perkataan 'abritrari'. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'abritrari' merujuk kepada tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis ds), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang: 2. Berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar. Untuk rujukan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 29.12.2006 |
Bplehkah saya menggunakan perkataan royal sebagai nama bangunan? sebagai contoh residensi royal. | Penamaan bangunan/skim pembangunan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Royal ialah bahasa Inggeris dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah diraja. Untuk makluman puan, penggunaan perkataan diraja juga tidaklah boleh digunakan sewenang-wenangnya. | Lain-lain | 12.06.2019 |
Adakah diperbolehkan menambah perkataan dalam suatu peribahasa untuk menyesuaikannya dengan ayat yang ditulis. Sebagai contoh, peribahasa balayar mengadang pulau, apabila ditulis dalam suatu ayat ; remaja tidak sepatutnya membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya belayar hendaklah mengadang pulau. | Untuk makluman, perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 16.12.2016 |
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara perkataan klasifikasi. kategori dan jenis? Bolehkan ia digunakan secara bertukar ganti? 2. Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'degree of individualization'? 3.Adakah kendiri dan berdikari membawa maksud yang sama?. Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti? Terima Kasih. | Kasifikasi: 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan. Kategori: 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah peng guna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah); Jenis: golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa. Kata tersebut tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. Padanan untuk frasa 'degree of individualization' tiada dalam rekod kami. Mungkin "Darjah keperibadian" boleh digunakan. Kendiri bermaksud sendiri dan berdikari bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Kata tersebut juga tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. | Makna | 01.07.2009 |
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan. | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Istilah | 07.12.2009 |
Saya nak tanya kemusykilan, bolehkan peribahasa berikut di tukar spt ini..Gengam bara api biar sampai jadi EMAS? mungkinkah bara boleh menjadi emas? adakah peribahasa boleh ditukar sewenang2nya dan tidak menjadi kesalahan dari segi keasliannya? mohon pencerahan. | Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran. | Sastera | 24.03.2016 |