Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt menentukan jantina: the child is learning how to ~ chickens, budak itu belajar cara hendak menentukan jantina ayam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ act, hubungan /jenis, seks, kelamin/, persetubuhan; 4. sexual intercourse, hubungan /jenis, seks, kelamin/, persetubuhan: the man admitted having ~ with his neighbour’s wife, dia mengaku melakukan hubungan jenis dgn isteri jirannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. feelings or behaviour connected with the sexual instinct, seks: the adolescent boy’s interest in ~, minat anak lelaki remaja itu thdp seks; the ~ instinct is one of the strongest, naluri seks adalah salah satu drpd naluri yg paling kuat; ~ education, pendidikan seks; ~ maniac, orang yg gila seks; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the /male, female/ ~, orang /lelaki, perempuan/; member of the opposite ~, orang yg berlainan jantina; the /fair, gentle, weaker/ ~, orang perempuan, wanita; the /sterner, stronger/ ~, orang lelaki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (the male group) lelaki; (of animal) jantan; (the female group) perempuan; (of animal) betina: members of both ~es are welcome, lelaki dan perempuan semuanya dialu-alukan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. fact of being male or female, jantina: what is the ~ of the kitten?, apakah jantina anak kucing itu?; ~distribution, taburan jantina; ~ discrimination, diskriminasi jantina; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sex


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk istilah 'biological sex' dalam bahasa melayu?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "biological sex" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penentuan jantina biologi. Sekiranya cadangan ini tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan yang lain.Istilah07.05.2014
Salam, maksud "sex killer" ialah pembunuh yang membuat serangan seksual atas mangsa. Memandangkan terjemahannya tiada dalam PRPM, bolehkah saya menggunakan istilah "pencabul-bunuh"? Jika tidak sesuai, boleh cadangkan istilah yang bersesuaian? Terima kasih. Salam.Cadangan kami untuk padanan istilah "sex killer" ialah pembunuh seksual.Istilah09.12.2020
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. 

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sexPadanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2024
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu.Lain-lain17.01.2020
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020

Kembali ke atas