Azhar Mfa Aug 20th, 6:05pm tiada tindakan ke papan tanda LAKE FIELD sg besi....knp xgunakan bahasa malaysia | Kami akan siasat terlebih dahulu perkara ini dan kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan boleh lampirkan papan tanda tersebut. | Lain-lain | 20.08.2014 |
Saya ingin menyemak penggunaan koma pada ayat ini. Membina dan Menaik Taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran ke Sawah Sg. Balang, Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Mohon maklumbalas tuan. | Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 06.04.2017 |
ASSALAMUALAIKUM SAYA PN NATRAH SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN BERKENAAN LESEN DBKL. KAMI DIFAHAMKAN MASA PKP NI KAMI TIDAK DAPAT BERURUSAN. SAYA INGIN MEMOHON LESEN PREMIS DI PEKAN SG BESI , KEDAI JAHIT PAKAIAN. BOLEH KAH SAYA MEMOHON DISINI UNTUK MENDAPATKAN EJAAN DAN TULISAN YANG BETUL PADA PAPAN TANDA DIKEDAI SAYA. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU. BERSAMA INI SAYA SERTAKAN DOKUMEN UNTUK RUJUKAN TUAN SEKIAN, TERIMAKSIH PN NATRAH | Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam visual iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. 1. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran), aktifkan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan dan log masuk. 2. Setelah log masuk, sila pilih Daftar Iklan dan isi maklumat pelanggan (rujuk Panduan Pelanggan). 3. Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan iklan berjaya. 4. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Catatan pembetulan pada visual iklan: 1. SDN. BHD. (pastikan letak titik untuk singkatan dan jarakkan selepas titik) 2. Sila nyatakan alamat penuh, cadangan: NO. 63-1 & 73 (IBU PEJABAT), JALAN TASIK UTAMA 6, MEDAN NIAGA, TASIK DAMAI, 57000 KUALA LUMPUR. 1 | Lain-lain | 08.07.2021 |
Assalamualaikum... Saya perlukan kepastian untuk terjemahan perkataan mass hysteria. Di pangkalan data prpm diberikan sebagai histeria massa dan histeria am. Mana satukah yang betul? Saya temukan di http://www.beritaharian.sg/dunia/lebih-50-pelajar-guru-alami-histeria-di-sekolah-di-kelantan menggunakan "histeria beramai-ramai". Yang ini lebih difahami bagi saya orang awam berbanding yang prpm berikan. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Penggunaan histeria massa (bidang perubatan) dan histeria am (bidang pendidikan) boleh digunakan untuk bidang berkenaan. Jika untuk penerangan kepada orang awam, histeria beramai-ramai boleh diterima. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 06.07.2017 |
saya hendak memohon lesen perniagaan ke MBSA.mohon tunjuk ayat yang betul untuk mempamirkan lakaran papan iklan. KEDAI MENJUAL BARANGAN LOGAM DAN ELETRIK. ZAINAH JAYA ENT. lot1993 B jalan utama kg.kubu gajah sg.buloh selangor telp.01118693358 | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. | Lain-lain | 05.11.2018 |
Ramo Omran Aug 31st, 10:14am ingin btemu sdr Mat Daud (Dr) Sastra. asal Kelantan bekas pelajar Jogjakarta . kenalan semasa d Temerluh 1975 dan KL 1980an. hilang hubungan. Ramo Omran Aug 31st, 10:14am Omar Mohamad Sg Besi KL | Untuk makluman tuan, pegawai berkenaan telah bersara daripada perkhidmatan. Maklumat berkaitan beliau tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 31.08.2015 |
Salam Sejahtera. Saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'Central Serous Chorioretinopathy'. Saya ada menemui pada laman web Pusat Mata Kebangsaan Singapura bahawa frasa ini diterjemahkan kepada 'Korioretinopati Serosa Sentralis'. Rujuk: https://www.snec.com.sg/about/international/menuutama/kondisimataandperawatan/common-problems/Pages/Central-Serous-Chorioretinopathy.aspx Adakah terjemahan ini sesuai dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Tiada maklumat tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami. Kami telah mengemukakan pertanyaan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan. | Lain-lain | 26.04.2018 |
Saya Patimoh Yunu. Sedang pelajar Bahasa Melayu.Pasal di Universiti Fatoni. Selatan Thailand. Ingin bertanya DBP. Apakah kata nama khas? Terima kasih | Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti orang, haiwan, tempat atau benda, misalnya Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur. | Makna | 06.10.2016 |
Adakah penggunaan perkataan yang disingkatkan ejaannya seperti dgn, dll, skg diterima pakai sebagai penggunaan yang betul dalam satu-satu pembinaan ayat. Jika dibenarkan berapa banyak perkataan singkatan yang diiktiraf oleh DBP. Terima kasih | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Salam.. Saya ingin membuat pertanyaan mengenai singkatan perkataan. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terdiri daripada dua kampus iaitu Kampus Sungai Long dan Kampus Kampar. Boleh saya tahu singkatan untuk perkataan SUNGAI LONG dan KAMPAR? Adakah SL dan KP? atau bolehkan pihak universiti menetapkan sendiri ringkasan yang ingin digunakan? Terima kasih dan salam ramadhan.. | pada pandangan kami nama khas seperti nama tempat perlu dieja penuh. Sekalipun hendak dibuat singkatan, hanya perkataan yang telah diketahui umum seperti sungai yang disingkatkan mengjadi sg. Tidak ada panduan khusus untuk ejaan singkatan kecuali singkatan bagi perkataan yang lazim ditemukan seperti kampung - kg. dan jalan - jln. Kami mencadangkan nama tempat-tempat tersebut dieja penuh kerana penulisan alamat juga ada implikasinya kepada sistem telekomunikasi yang boleh diakses melalui pelbagai medium. | Ejaan | 10.07.2015 |