Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n shah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shah

Puisi
 

Raja Sulung Indera Shah Johan,
     Gagah berani lagi perkasa;
Kalau ada pertolongan Tuhan,
     Mana boleh rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Shah Nurdin Nov 29th, 7:52pm Assalamualaikum....admin... Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Saya sedang mencari buku ini....terbitan dbp.... Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Adakah buku ini masih dijual...???Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain29.11.2015
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
KLINIK HANA SHAH ALAM

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain07.02.2018
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TKAntara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa15.05.2012
Saya ingin memohon pencerahan mengenai tajuk di bawah: (1) PEMADAM GOLF PERDANA 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH atau (2) GOLF PERDANA PEMADAM 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAHTajuk yang lebih sesuai ialah: PERTANDINGAN atau KEJOHANAN GOLF PERDANA PEMADAM  PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 Lain-lain11.10.2016
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu'Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' Tatabahasa05.05.2011
Mohd Norazlan Shah 09:51 Mohd Norazlan Shah Mohd salam admin... sy nk btnya pgunaan tanda sengkang ( - ) dlm ejaan seperti pertandingan ----> per-tandingan, percubaan ----> per-cubaan...adakah ianya dibolehkan dlm penulisan karangan utk pelajar sekolah....harap admin dpt beri pencerahan....tq...Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pertandingan dan percubaan.Ejaan01.03.2017
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih.

1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul.

2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1.

Tatabahasa10.05.2010
Assalamualaiikum, saya ingin mendapat penjelasan berhubung penggunaaan huruf "I "yang seringkali ditulis sebagai "l ". Contohnya bagi perkataan MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM ditulis sebagai MAHKAMAH TlNGGl SHAH ALAM. kesilapan ini banyak terdapat di sign board PBT mahupun papan tanda iklan. Masalah timbul apabila anak saya yang baru pandai mengeja, akan mengeja huruf I tersebut sebagai l (L). harap dapat penjelasan berhubung perkara ini. sekian terima kasih.

Saudara,

Dicadangkan saudara merujuk perkara ini dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk penjelasan.

Lain-lain07.07.2010
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Tatabahasa15.09.2014
12345678910

Kembali ke atas