Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shamsuddin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
gelaran bagi Raja..contoh nama orang bukan dari ketururan raja...(Raja Shamsuddin). Untuk penulisan minit...perlu letak Yang Mulia atau tidak?Jika kita pasti orang yang dimaksudkan itu bukan daripada keturunan raja, tidak perlu meletak gelaran Yang Mulia.Lain-lain07.04.2015
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Soalan saya berkenaan dengan maksud dan penggunaan kata "cebur" dan "kecimpung", dan kenapa terdapat 2 perkataan berlainan tapi dengan maksud sama (jika maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama)? Contoh konteks penggunaan dua perkataan ini bagi persoalan saya ialah berikut; dan saya mengambil contoh dari artikel (https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/april-2014/graduan-harus-menceburi-perniagaan-bukan-makan-gaji/) Perenggan 4: "Bagaimana pun Shamsuddin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada." Dalam perenggan ini, perkataan "menceburi" seolah-olah bermaksud bahawa baru mahu bermula untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Perkataan "berkecimpung" pula seakan-akan sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, pemahaman saya ialah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan untuk menggantikan sesama perkataan, bergantung kepada penyusunan semula ayat, tetapi perbezaan antara dua ini ialah dari segi penggunaan: "cebur" bagi sesuatu yang baru hendak melibatkan diri, manakala "kecimpung" adalah bagi yang telah lama melibatkan diri. Soalan saya, adakah pemahaman saya ini betul atau salah? Sekian, terima kasih.

Berdasarkan petikan “Bagaimanapun Shamsudin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada”  Pemahaman tuan dalam konteks petikan tersebut betul kerana “ingin menceburi” bermaksud baru/berhasrat untuk berniaga. Manakala “berkecimpung” dalam petikan tersebut merujuk kepada perniagaan yang sedia ada. Kata “cebur” dan “kecimpung” ialah kata nama yang bemaksud “bunyi seperti benda yang besar jatuh ke dalam air”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” pula menbawa makna kiasan iaitu “melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu pergerakan, kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Perkataan yang berbeza, namun mempunyai maksud yang sama membuktikan kekayaan kosa kata bahasa Melayu.


Tatabahasa03.12.2021
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000Lain-lain23.07.2007

Kembali ke atas