Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih. | Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain. | Tatabahasa | 29.05.2017 |
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? Tq | Untuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga. | Tatabahasa | 23.05.2017 |
Sri Shan Balaraman WED 10:46PM Salam... saya nak kepastian tentang peribahasa... yang mana satu betul penggunaannya...Bagai murai tercabut ekor atau Bagai murai dicabut ekor? Tq | Salam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Jawapan persoalan tuan/puan ialah "Bagai murai dicabut ekor". | Lain-lain | 31.08.2016 |
SULAIMAN KAIAT, Soalan dalam kertas ujian sekolah dan latihan lembaran kerja murid. 1. Mesyuarat itu ditangguhkan ( ke , pada ) minggu depan. 2. Keluarga Jovita akan berpindah ( ke , dari ) Kuala Lumpur minggu depan. Adakah semua jawapan di atas betul. Kalau tidak, apa bezanya. Sekarang guru pun jadi gaduh sebab bahasa. Terima kasih. Goh Teck Seng Guru Besar SJK (C) Shan Tao, Kota Kinabalu. | 1. Mesyuarat ditangguhkan ke minggu hadapan.( kata sendi ke lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan)2. Keluarga Jovita akan berpindah ke atau dari Kuala Lumpur minggu hadapan.(Kedua-dua kata sendi ke dan dari sesuai. ke bagi menunjukkan pergerakan ke bandar lain, sementara dari bagi menunjukkan pergerakan dari sesuatu tempat. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
Saya adalah seorang pelajar Sarjana Pembedahan Am di UKM. Saya sedang menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan sebuah chatbot AI yang saya cipta dalam memberikan kaunseling prapembedahan kepada pesakit yang akan mejalani pembedahan tiroid dan hernia. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menguji chatbot ini dan memberi maklum balas berkaitan kesesuaian dan ketepatan penggunaan bahasa dalam komunikasi dengan pesakit. Dengan ini, saya melampirkan pautan untuk mengakses chatbot tersebut. Maklum balas daripada pihak tuan/puan amat dinantikan. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya melalui emel saya (shan.thevan@gmail.com) atau telefon bimbit saya (0103996395). Terima Kasih Pautan ke chatbot: https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/ptKNRg5NEIjFWijlviAqs https://www.chatbase.co/chatbot-iframe/FiV9jVDYJ7pBHIPQnHWH8 | Terima kasih kerana sudi menghubungi kami bagi mendapatkan khidmat penyemakan dokumen. Untuk penyemakan aspek bahasa dalam chatbot tersebut, mohon jasa baik tuan untuk menghantar fail dokumen yang ingin disemak kepada e-mel, nawal@dbp.gov.my. Mohon sediakan dokumen dalam format langkau 2 baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Kami akan meneliti dahulu dokumen dan menyediakan sebut harga, serta menyatakan tempoh masa penyemakan yang bersesuaian untuk pertimbangan tuan. | Tatabahasa | 24.10.2024 |