Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sharif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya sekiranya terdapat pekerjaan yang boleh diisi. Terima kasih. Mohd Irfan Mohd Sharif B.A Ekonomi Universiti Al-azharSila kerap layari www.dbp.gov.my untuk pengumuman Jawatan KosongLain-lain09.01.2014
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Sharif">Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
Hai. Saya berminat untuk dapatkan "POS tagger ( part of speech tagger)" daripada Korpus DBP untuk kajian PHD saya yang tertajuk POS tagger in Malay social media data. Terima Kasih Mohd Mukhlis Bin Mohd Sharif 0192786537 mohdmukhlis@gmail.comUntuk makluman tuan, tuan boleh mengakses data korpus DBP melalui laman web PRPM dan klik pada ikon Korpus DBP atau klik pada pautan http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/SelectUserCat.aspx. Bagi pilihan "Penyelidik", tuan perlu mendaftar terlebih dahulu, manakala bagi pilihan "Pengguna Awam", tuan boleh terus menggunakan korpus DBP selepas bersetuju dengan "Lesen Pengguna Korpus".Lain-lain01.12.2023
peranan sayembara dalam perkembangan sasteraUntuk membincangkan peranan sayembara dalam perkembangan sastera dalam ruang yang begini adalah mustahil, tetapi untuk membantu saudara, saya sarankan saudara membaca Majalah Dewan Sastera yang fokusnya adalah sayembara.  Ramai menulis tentang sayembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Dewan Sastera keluaran Mac ini.  Saudara juga mungkin boleh berkunjung ke DBP berjumpa dengan beberapa orang pegawai DBP yang mungkin boleh membincangkan perkara ini dengan saudara, antaranya Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Puan Izzah Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Sastera, Puan Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden.  Saudara juga boleh mendapatkan maklumat dari Pusat Dokumentas Melayu DBP.  Saudara juga boleh berkunjung ke GAPENA dan berbincang dengan beberapa orang tokoh sastera di sana.Lain-lain25.03.2008
Assalamualaikum dan Selamat petang. Perkara : Mendapatkan kelulusan bagi tanda nama perniagaan selaras dengan syarat dari Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung dengan kelulusan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengenai kelulusan tanda nama perniagaan sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Nilai. Bersama dengan ini saya sertakan tanda nama perniagaan syarikat. Nama syarikat : NIPPON WIPER BLADE (M) SDN BHD Jenis perniagaan : Perkilangan Kami berharap agar mendapat kelulusan dari pihak jabatan. Sekian terima kasih Yang benar. Mohd Fazlee Bin Sharif Pengurus Jabatan Sumber ManusiaUntuk makluman tuan, pengesahan iklan DBP tidak mengesahkan nama khas kecuali ada keterangan lain dalam bahasa Melayu seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian paling atas. Slik klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain27.01.2015
Assala Mualaikum & Salam sejahtera. Saya ingin memperolehi maklumat lebih lanjut mengenai peluang menerbitkan buku: - berkaitan pertanian (falsafah pembajaan) - berkaitan bahasa (belajar bahasa Peranchis - dalam Bahasa Melayu) Mohon diberi nama pegawai yang bertanggungjawab supaya saya dapat berhubung dengan dia/mereka. Terima kasih.Untuk makluman saudara, Jabatan Penerbitan bertanggungjawab dalam hal penerbitan buku DBP. Bahagian-bahagian di jabatan tersebut bertanggungjawab menangani kerja penerbitan buku daripada pelbegai bidang. Bidang pertanian misalnya di pertanggungjawabkan kepada Bahagian Buku Umum, antara pegawainya ialah Encik Abd. Karim A. Bakar, e-mel karim@dbp.gov.my dan Puan Wardati Sharif, e-mel wardati@dbp.gov.my dan buku bahasa ditangani oleh Bahagian Penerbitan Bahasa. Bahagian Penerbitan Bahasa menangani buku-buku yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Untuk sekadar bertanya peluang menerbitkan bahasa-bahasa lain boleh bertanya dengan pegawainya Puan Noraini Shukor dan Encik Razid Shahran, razid@dbp.gov.my.Lain-lain06.09.2011
assalammualaikum.. saya berminat mendalami bidang penulisan. saya juga pernah menyertai beberapa sayembara penulisan antaranya anjuran jabatan perpaduan negara dan dewan bahasa dan pustaka. saya berminat untuk mengembangkan minat dan bakat saya dalam bidang penulisan tetapi saya tidak tahu dimana saya harus menghantar karya-karya saya untuk diterbitkan. bolehkah pihak tuan membantu saya untuk menerbitkan karya saya atau adakah apa-apa cadangan tentang perihal ini? terima kasih..Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Puan Norimah Bajuri, Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur jika karya saudara untuk pembaca dewasa, sekiranya untuk kanak-kanak dan remaja, sila hantar kepada Puan Zalila Sharif, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain28.06.2010
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain.  Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my

Lain-lain14.05.2010
Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan menulis untuk penerbitan?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Untuk keterangan lanjut, sdr. bolehlah menghubungi Puan Hajah Zalila binti Sharif, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur atau e-mel: zalila@dbp.gov.my.

Lain-lain16.07.2009

Kembali ke atas