Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sharifah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Restoran Tomyam Sharifah atau Restoran Sharifah Tomyam? Atau kedua-dua boleh?Nama yang betul ialah Restoran Tomyam SharifahTatabahasa31.03.2020
Sharifah Nur Rasyidah Jul 8th, 10:51pm Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah hukuman yang dikenakan oleh pihak DBP kepada pencemar bahasa? Mohon pencerahan lanjut daripada pihak tua. Terima kasih.Untuk makluman, sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.Lain-lain08.07.2014
Sharifah Sharina Syed Aswad Assalammualaikum, Bagaimana cara untuk mendapatkan majalah dewan pelajar keluaran lama untuk dimasukkan dalam kotak buku projek Perpustakaan Mini yang dijalankan oleh NGO Projek Iqra'? Projek ini ialah melawat rumah2 anak yatim dan menambah buku-buku atau bahan bacaan baru ke perpustakaan mereka. Rumah yang tiada perpustakaan, kita akan wujudkan perpustakaan mini mereka. Boleh rujuk link ini untuk informasi lanjut: http://www.projekiqra.com/cs_cause/perpustakaan-mini-2-0 Yang benar, Sharifah Sharina Syed Aswad Naib Pengerusi Projek Iqra'Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.05.2014
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang gramatis:

1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam.

2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam 30 minit di dewan kampung kami.

3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis.

4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan.

5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka.  

6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam 30 minit..

7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir

8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang.

10. ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya.

Tatabahasa13.05.2020
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
Nizar İsmail SUN 20:24 Nizar İsmail Nizar Salam. Mohon ulang cetak karya Sharifah Hasnah Abdullah yang berjudul 'Ibu Yang Ku Sayang'.Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my untuk perbincangan lebih terperinci.Lain-lain05.03.2017
apakah aspek yang menjadi kerumitan masyarakat dalam panggunaan kata sendi nama dari, daripada, pada dan kepada?

Puan Sharifah,

Masyarakat tidak faham atau mahir untuk membezakan penggunaan kata sendi nama mengikut rumus-rumus bahasa seperti yang terkandung di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Perkara ini berlaku mungkin kerana masyarakat sudah biasa dengan penggunaannya sebelum ini dan tidak peka tentang perubahan yang ada apabila terbitnya buku tersebut.  

Lain-lain07.02.2010
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim">Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih.Lain-lain02.07.2019
Assalamualaikum dan Salam perpaduan, Puan, PENGGUNAAN PERKATAAN "NASIONAL DAN "NEGARA" BAGI TUJUAN URUSAN RASMI KERAJAAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebuah agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Selaras dengan itu, pelbagai program/aktiviti dianjurkan termasuklah penghasilkan penerbitan yang bertujuan mempromosikan keharmonian. 3. Jabatan pada masa kini menggunakan perkataan Negara dan Nasional bagi program/aktiviti dan penerbitan Jabatan. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon pihak puan sebagai pakar rujuk untuk memberi pencerahan mengenai maksud perkataan "Negara" dan "Nasional", perbezaan serta kesesuaian penggunaan kedua-dua perkataan tersebut bagi maksud yang dinyatakan di atas. Ini bertujuan untuk memastikan agar jabatan dapat menggunakan perkataan tersebut mengikut kesesuaian maksud perkara yang hendak disampaikan. 4. Kami amat agar pihak puan dapat memberikan maklumbalas dengan kadar segera dan segala perhatian dan kerjasama pihak puan didahului dengan setinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, Sharifah Rahimah Binti Syed Othman Bahagian Korporat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Untuk makluman puan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “nasional” bermaksud berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan, manakala perkataan “negara” mempunyai beberapa maksud, iaitu i. sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, ii. kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri dan iii. yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan). Dari segi peristilahan pula, nasional ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris national  dan negara ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris nation, state  dan country. Oleh itu, kedua-dua perkataan, iaitu nasional dan negara boleh digunakan bergantung pada maksud dan konteks ayat. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat membantu pihak puan menggunakan perkataan yang betul dalam program, aktiviti dan penerbitan di jabatan puan.

Makna22.11.2016

Kembali ke atas