| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai terjemahan yang bersesuaian untuk perkataan bahasa Inggeris, "shopping cart" dalam laman web pembelian dalam talian. Saya berpendapat bahawa terjemahan yang sesuai ialah "troli beli-belah". Namun begitu, saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP sekiranya terdapat terjemahan yang lebih baik. Terima kasih. Farez Syinon | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “shopping cart”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “tray-delivery cart” yang dipadankan sebagai troli penghantaran dan “shopping” sebagai beli-belah. Oleh itu, cadangan tuan bagi padanan “shopping cart” iaitu troli beli-belah boleh diterima. | Makna | 01.04.2019 |
| Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih. | Encik Azmin, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan. | Istilah | 21.12.2010 |
| Adakah perkataan "kart beli-belah" boleh digunakan bagi terjemahan perkataan bahasa Inggeris "shopping cart"? Ini kerana istilah sasar untuk perkataan "cart" ialah "kart". Terima kasih. | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah cart ditakrifkan seperti yang berikut selain kart (dalam bidang umum). - n 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;
vt 1. convey in a cart, /membawa, mengangkut/ [sst] dgn pedati: to ~ the firewood home, membawa pulang kayu api ke rumah dgn pedati; 2. convey laboriously from place to place, mengangkut: I m tired of ~ing these books, saya bosan mengangkut buku-buku ini; - mengangkut: to ~ off the rubbish, mengangkut sampah-sarap; to ~ off the prisoners to jail, mengangkut orang-orang tahanan ke penjara.
Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Istilah | 14.12.2010 |