Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Mati tanduk si kambing jati,
     Mati terselit di celah pandan;
Baru sekarang berjumpa di hati,
     Seperti berjumpa muka dan badan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dikatakan mati emak,
     tak dikatakan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam; Adakah perkataan si mati atau simati?Ejaan yang betul ialah si mati.Ejaan26.08.2020
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu?

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

 (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti
      (a) rangkaian atau pemerian, atau
      (b) penjelasan.

Contohnya:
    (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen.
    (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.      Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

 

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk

(1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.
(2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP.


Tatabahasa24.04.2023
saya mengahadapi kekeliruan dalam ayat "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..." atau "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi..." ayat 'disembahyangkan' adalah merujuk kepada membantu jenazah si mati itu untuk bersembahyang... tetapi jika ayat 'disembahyangi', di terbalikkan ayat itu kepada ayat aktif ialah 'menyembahyangi' yang telah salah dalam tatabahasa... yang mana satukah ayat yang paling tepat maknanya? terima kasih...Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2012
Selamat pagi, Saya ingin tahu sama ada partikel `si` perlu dijarakkan atau dirapatkan pada sesuatu perkataan. Contohnya; si dungu atau sidungu?Kata gelaran 'si' boleh digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas dan perlu dieja terpisah, seperti si dungu, si mati.Tatabahasa12.12.2006
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila?Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila  pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila.
Tatabahasa23.07.2013
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas