Adakah 'sia-sia' kosa kata asal bahasa Melayu? Mengapa apabila diimbuhkan dengan meN jadi mensia-sia ,bukan menyia-nyia? Terima kasih | Kata 'sia-sia' merupakan asal bahasa Melayu dan bukan serapan daripada bahasa asing.
Menurut KD4, kata sia-sia apabila diimbuhkan dengan meN- dan -kan jadi mensia-siakan bukan menyia-nyiakan. Kata ini tersenarai dalam kekecualian. | Lain-lain | 26.06.2009 |
kalau sia-sia menjadi mensia-siakan atau menyia-nyiakan. | Sia-sia --- mensia-siakan | Tatabahasa | 12.08.2008 |
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'. | 1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat. 2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu. 3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.
| Tatabahasa | 30.08.2014 |
maksud ibarat menepuk air di dulang | Perbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri. | Makna | 10.10.2008 |
apakah maksud bagai menumbuk beralas nyiru? | Frasa ini boleh membawa maksud membuat pekerjaan yang sia-sia ataupun membuat kerja dengan mudah ataupun membuat dua kerja dalam satu masa. Sila rujuk buku peribahasa bagi mendapatkan maksud yang lebih tepat. | Makna | 07.07.2008 |
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat | Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.07.2009 |
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |
Mengapakah kata mempersiakan dan dipersiakan tiada dalam Kamus Dewan dan PRPM? | Salam sejahtera, Kamus Dewan dan PRPM hanya merakam kata dasar dan kata terbitan sahaja. Oleh itu, kata dasar: sia , kata terbitan: sia-sia ; mensia-siakan Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.02.2019 |
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan? | Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |