Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah perkataan 'sia-sia' masih digunakan? Kamus Dewan yang terbaharu tidak dapat dicari tentang perkataan ini. 2) Adakah kata majmuk 'layan diri' masih boleh digunakan? Yang manakah betul 'layan diri' atau ' swalayan'? 3) Apakah bezanya tentang perkataan 'ahli' dengan 'anggota'? kita menggunakan 'anggota bomba dan penyelamat' atau 'ahli bomba dan penyelamat'.
1) Perkataan sia-sia terdapat dalam entri Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat.
2) Perkatan layan diri dan swalayan, kedua-duanya digunakan dalam wacana bahasa Melayu.
3) Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli bomba dan penyelamat serta anggota bomba dan penyelamat, kedua-duanya betul.

Tatabahasa30.08.2014
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantukLain-lain06.05.2008
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_<Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa.Lain-lain04.03.2025
Saya telah mengajukan kepada pihak DBP tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan "Malaysia". Tetapi jawapan yang saya terima adalah (fff). Bolehkah saya tahu apakah maksud jawapan itu? Adakah pemenggalan suku kata seperti berikut? 1. (Ma-lay-sia) 2. (Ma-lay-si-a) Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan 'Malaysia"  ialah [ Ma.lé.sia], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah ( Ma.lay.si.a)Ejaan02.03.2018
saya sapurah haema sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya tentang perkataan 'ilmu' berasal daripada bahasa apa dan apakah pengatiannya dan terimakasihPerkataan ilmu daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia;Makna22.09.2014
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. AmalMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;Makna18.10.2010
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan.1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini.

2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut:

bandar2 n bandar air;

bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air;

bandar sampah parit tempat membuang sampah;

upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat;

membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup.

Lain-lain25.08.2022
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012

Kembali ke atas