Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih. | Dikira dua suku kata | Istilah | 03.09.2010 |
Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak dengan 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan Adakah penggunaan kata sendi 'dengan' dalam ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah: Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana? | Ayat yang lebih gramatis ialah: 1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. 2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. | Tatabahasa | 04.02.2012 |
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking' | 1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minit | Tatabahasa | 07.06.2011 |
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu. | Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut. | Lain-lain | 01.04.2009 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah 1. D-sementara, 2. D-Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu., 3. C-II Yang berambut panjang itu abang kamu? dan III Di manakah kamu simpan pakaian kamu? | Lain-lain | 12.04.2010 |
1. Encik Zulkifli menanam pokok jagung di belakang rumahnya ________ menanti kolam ikan yang akan diusahakannya siap beberapa bulan lagi. A. lalu B. Sambil C. kerana D. sementara 2. Pilih ayat yang betul. A. Abang telah menyuapkan sejemput nasi di mulut adik. B. Kakak telah menerima sepucuk dari Universiti Malaya. C. Tok Seman telah memberi makanan ke kambing-kambingnya. D. Pelukis itu telah mempamerkan lukisannya pada dinding galeri itu. 3. Pilih ayat yang betul. I. Kamu tidak menghadir mengapakah? II. Yang berambut panjang itu abang kamu? III. Di manakah kamu simpan pakaian kamu? IV. Apakah semua cerita yang saya dengar itu benar? A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 4. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Jawapannya ialah 1. sementara. 2. D. 3. II.III, IV. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasih | Kami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit). | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan. | Puan Noor Zarina, Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya. Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2010 |
skop tugas seorang editor. | Tugas Editor Secara Umumnya: 1. Membuat penilaian manuskrip 2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan 3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi 4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC) 5. Menyediakan perwajahan buku 6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual. Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa | Lain-lain | 23.10.2009 |