Adakah ayat ini betul: Tugas itu telah mereka siapkan semalam | Ayat "Tugas itu telah mereka siapkan semalam" adalah betul. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIH | Untuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. | Lain-lain | 23.01.2017 |
Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem.. | Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran. | Lain-lain | 08.06.2017 |
1)yang mana satu betul? - ku siapkan atau kusiapkan?Adakah penggunaan ku perlu dipisahkan atau dijarakkan?Mengapa? 2)Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah dan mengapa? - Hanya Encik Ali dan Encik Mustafa akan pergi ke persidangan itu. 3)Dila masih sedang menyiapkan latihan tatabahasa yang diberikan oleh Cikgu Karim. -Adakah penggunaan "masing sedang" di atas betul?Adakah kita perlu memilih salah satu daripadanya sahaja untuk membentuk yang yang betul? | 1. Ejaan yang betul ialah kusiapkan. 2. Ayat Hanya Encik Ali dan Encik Mustafa akan pergi ke persidangan itu betul. 3. Pilih salah satu perkataan sahaja sama ada masih atau sedang kerana kedua-dua perkataan itu menunjukkan tempoh waktu yang sama. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
1. Untuk memohon lesen banner adakah sy perlu siapkan lakaran banner terlebih dahulu? 2. Adakah wajib ada kelulusan dr pihak dbp baru layak memohon lesen pihak berkuasa tempatan? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Kelulusan daripada DBP diperlukan sebelum permohonan lesen daripada pihak berkuasa tempatan. | Lain-lain | 09.11.2017 |
saya nak tanya yg mn satu betul.... ku siapkan atau kusiapkan dan beri penjelasan | BETUL- Kusiapkan... ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. contoh: kuterima, dirimu, kutulis, kautulis dsb. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
Saya sedang menulis novel kreatif, soalan saya bagaimana saya perlu dapatkan hak ke atas penulisan yang telah saya siapkan. Dan bagaimana saya perlu berurusan dengan syarikat penerbitan untuk memastikan yang penjualan buku saya tak ditipu. sekian terima kasih. | Puan Nor Azizah, Sekiranya puan menghantar karya puan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (penerbit lain mungkin berbeza prosedurnya) untuk tujuan penerbitan, pihak DBP akan membuat penilaian terlebih dahulu. Sekiranya karya itu memenuhi syarat dan spesifikasi penerbitan DBP, sebelum ia diterbitkan, satu perjanjian akan dibuat antara DBP dan penulis. Di dalam borang perjanjian tersebut akan diperincikan hak penerbit dan hak penulis termasuklah persoalan yang puan kemukakan itu. | Lain-lain | 27.11.2014 |
salam saya hendak mengenal pasti struktur ayat berikut adalah betul atau tidak. 1) kerja rumah itu akan saya siapkan selepas makan nanti. 2) hanya sebilangan besar ibu bapa yang hadir ke majlis permuafakatan itu. 3) hanya orang tertentu sahaja dijemput ke mesyuarat tergempar itu. 4) pilihlah makanan apa yang kamu suka di atas meja itu 5) buku-buku sekolah Amin dibiarkan berserakan di dalam biliknya. Terima kasih | Ayat -ayat yang dinyatakan adalah betul jika penggunaan huruf besar di pangkal ayat kecuali ayat keempat. Ayat yang betul ialah " Pilihlah apa-apa makanan yang kamu suka di atas meja itu." | Tatabahasa | 23.07.2014 |
1.PENGGUNAAN KATA PENGUAT NIAN- BOLEH ATAU TIDAK UNTUK PENGGUNAAN SELAIN PEMANDANGAN. 2.TOLONG BETULKAN AYAT INI. KERJA ITU MESTI KAMU SIAPKAN SEBELUM PETANG INI. TERIMA KASIH. | 1. Pada kelazimannya kata penguat "nian" digunakan bagi menggambarkan keindahan dan kecantikan. Jika tuan pernah melihat penggunaan kata "nian" dalam konteks yang lain sila maklumkan kepada pihak kami untuk kami buat rujukan lebih lanjut lagi. 2. Ayat contoh yang diberikan betul. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam.. | Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.09.2007 |