Apakah maksud a) siar raya b) alat siar raya | Siar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya. | Makna | 07.02.2012 |
Perkataan manakah yang betul, siar raya atau siaraya? | Ejaan yang betul ialah siar raya. Untuk maklumat lanjut dan rujukan, sila layari laman web prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 24.09.2024 |
Wujudkah perkataan siaraya? Atau apakah ejaan betul bagi perkataan tersebut? Siaraya, Siar raya, Siaran raya atau bagaimana? Terima kasih. | siar raya | Tatabahasa | 08.11.2007 |
Salam Sejahtera, Satu pagi saya berada di DBP dan saya mendengar pengumuman ini melalui siar raya DBP. DBP, melalui Bahagian Penyelidikan sastera akan menganjurkan Seminar...... Soalan saya: Siaran itu dilaksanakan di DBP. Kenapa perlu dinyatakan DBP melalui Bahagian Penyelidikan Sastera...... adakah staf DBP tidak tahu Bahagian Penyelidikan Sastera itu berada di DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, SIAR RAYA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, siar raya yang dibuat di premis DBP, bukan sahaja untuk pemakluman staf dalaman, tetapi juga kepada pengunjung luar yang berada di sekitar DBP untuk turut serta dalam program anjuran DBP. Oleh itu, nama bahagian di DBP selaku penganjur dinyatakan dalam siar raya kerana terdapat juga program kerjasama antara DBP dengan pihak/bahagian/agensi luar dilaksanakan di premis DBP. Walau bagaimanapun, pihak kami mengambil maklum atas cadangan dan keprihatinan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2022 |
PA ROOM | BILIK SISTEM SIAR RAYA | Istilah | 03.03.2011 |
sistem siaraya ape maksudnye? | Merujuk kepada Kamus Dewan, siar raya merujuk kepada alat untuk membuat pengumuman, atau pembesar suara dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya. | Lain-lain | 22.11.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi PA system? | Jawapan yang betul ialah sistem siar raya. Terima kasih. | Istilah | 14.11.2022 |
Adakah betul cara penulisan perkataan tersebut? 1. siaraya 2. atur cara 3. urusetia 4. urus niaga | Ejaan yang betul ialah siar raya, atur cara, urus setia dan urus niaga. | Ejaan | 29.08.2007 |
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai? | Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan. | Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan. | Tatabahasa | 14.10.2016 |