1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih. | 1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah. 2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap. | Tatabahasa | 10.05.2011 |
Dalam penulisan siaran media kami mengenai program-program hiburan, bagaimana harus kami terjemah 'Gameshow' dalam Bahasa Melayu? Contohnya, Clever Girl is a Gameshow that.... | Padanan istilah yang sesuai untuk perkataan Game Show ialah Rancangan Mainan Akal | Istilah | 22.02.2019 |
Ramo Omran Sep 3rd, 8:08pm kebanyakan setesen radio tempatan bebas x amalkan budaya daulatan bahasa melayu . contoh siaran lagu Inggeris cecah 50%. kadang menyedihkan. contoh : ultra, thr...suria..tolong pekenalkan lagu2 melayu kepada penghuni negara ini. kan dah ada siaran bahasa Inggeris, tamil, mandrin,......bahasa melayunya diNodanya. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Untuk makluman, kandungan siaran radio termaktub di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DBP sentiasa bekerjasama dengan SKMM demi menambah baik mutu siaran radio tempatan dalam lingkungan undang-undang/peraturan yang berkuat kuasa. | Lain-lain | 03.09.2015 |
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. | Lain-lain | 10.05.2013 |
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting | a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. b. pamphlet : risalah c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll. Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih. | Istilah | 17.02.2009 |
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan lagi pandangan dan cadangan saya tentang bahasa Melayu. Saya pernah menonton saluran televisyen Thailand dan pernah menonton siaran beritanya. Saya sangat terkejut kerana siaran beritanya masih lagi menggunakan tulisan Jawi disamping tulisan Thai. Kita sudah tahu dan kenal dengan masyarakat Thai yang sangat mencintai bahasa mereka dan dasar kerajaan mereka yang mengamalkan satu bahasa yakni bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan mereka tetapi mereka masih juga menyiarkan tulisan Jawi di saluran televisyen mereka kerana mereka juga cinta kepada bahasa serumpun iaitu bahasa Melayu dan mahu bersatu padu dengan bangsa Melayu kerana mereka pernah menjajah Tanah Melayu di Selatan Thai yang dulunya dikenali sebagai Patani. Saya sebenarnya rasa sangat kagum dengan kerajaannya yang berpandangan jauh dalam mencapai semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Selain memberikan kemudahan prasarana kepada penduduk Melayu, kerajaan Thai juga menyiarkan saluran berita berbahasa Melayu loghat Patani atau Kelantan setiap Jumaat biasanya serta menyiarkan tulisan Jawi dalam saluran beritanya tapi soalnya, kenapa tulisan Jawi tidak disiarkan di saluran televisyen Malaysia? kenapa surat khabar juga sudah tidak menggunakan tulisan Jawi? Sekarang saya rasa tersangat sedih dengan bahasa dan tulisan kita. Bagi saya tulisan adalah budaya bangsa. Kalau tulisan kita boleh lenyap. Jadi, tak mustahil bahasa dan budaya kita juga pun boleh lenyap. | Terima kasih atas makluman yang disampaikan. Agak sedih kerana akhbar tulisan Jawi di negara kita juga tidak lagi diterbitkan. Walau bagaimanapun, berita yang menggembirakan kita ialah pelaksanaan tulisan Jawi dalam paparan awam di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan, seperti yang telah diketahui umum iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran kemaman. | Lain-lain | 17.11.2015 |
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tq | Memantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. | Tatabahasa | 18.05.2008 |
Press release | Siaran akhbar | Istilah | 21.05.2007 |
Salam tuan, hari ini dalam siaran Harian Metro bertarikh 4 Disember 2014, sila rujuk gambar yang disertakan. Adakah sekejab atau sekejap? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Salam, ejaan yang betul ialah sekejap. Kami akan semak akhbar tersebut. Terima kasih atas maklumat daripada pihak tuan. | Ejaan | 14.01.2015 |
Salam Sejahtera Didapati ada penulisan dalam siaran media cetak/online yang mengunakan ejaan Kaum Batek bukan seperti yang ada daftar istilah iaitu Kaum Bateq. Adakah ejaan kaum Batek boleh digunakan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah Bateq. | Ejaan | 18.07.2019 |