Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.bu] | سيبو

Definisi : sj tumbuhan (herba), pokok telur belang­kas, siku dengan, siku-siku, Oldenlandia corymbosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sibu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan tentang ayat majmuk pancangan relatif , "Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu." Bagaimanakah caranya untuk memisahkan ayat majmuk ini kepada dua ayat tunggal ? Saya sukar untuk memisahkan ayat ini kepada dua ayat tunggal kerana ayat ini tidak mengandungi kata penentu belakang "itu" (contohnya: Pelajar yang gagal itu tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.)Ayat 1: Pelajar yang gagal.
 Ayat 2: Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.
Tatabahasa20.08.2013
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012
BAGAIMANA HENDAK MENERBITKAN BUKU ANTROPOLOGI SEJARAH MELAYU SIBU

Saudara,

             Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah judul di atas telah siap ditulis sebagai sebuah manuskrip yang lengkap atau masih pada peringkat penulisan? Sekiranya telah siap ditulis dalam bentuk manuskrip, maka saudara boleh terus menghantar manuskrip yang berkenaan kepada kami. Penyerahan ini mohon disertakan dengan surat dan bahan iringan iaitu  manuskrip, disket, biodata saudara dan sinopsis tentang judul yang berkenaan. Sinopsis ini harus merangkumi keterangan isi kandungan judul, jumlah bab, keterangan bab, jumlah ilustrasi yang digunakan (sekiranya ada) dan jumlah halaman manuskrip dan sasaran pembaca yang ditujukan. Nyatakan juga tentang kekuatan manuskrip ini. Kami akan menilai manuskrip ini untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan penerbitannya, kami akan memaklumkan kepada saudara dan proses penerbitan selanjutnya akan diteruskan. Lesen perjanjian juga akan ditandatangani antara saudara (selaku penulis) dengan DBP.

Saya harap penjelasan yang ringkas ini membantu saudara. Terima kasih.     

      

  

Lain-lain14.01.2010
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation.Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.Lain-lain04.10.2009
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009

Kembali ke atas