| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya menjumpai frasa berikut dalam Terma & Syarat Bahasa Melayu sebuah institusi kewangan: "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari calendar (sic) terlebih dahulu makluman awal..." Padanan Bahasa İnggeris frasa tersebut ialah "...with twenty-one (21) calendar days' notice..." Adakah terjemahan Bahasa Melayu frasa tersebut tepat? Adakah terjemahan yang betul ialah "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar makluman awal terlebih dahulu..."? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Mohon berikan ayat yang lengkap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk kami semak dan mengesahkan terjemahan frasa tersebut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.05.2018 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Merujuk kepada soalan saya bertarikh 04/05/2018 sebelum ini, saya ingin bertanya sama ada terjemahan Bahasa Melayu ayat berikut adalah tepat: "These terms and conditions are to be read together...and any other relevant terms and conditions as Bank may impose from time to time with twenty-one (21) calendar days' notice..." "Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama...dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan seperti yang mungkin dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberi dua puluh satu (21) hari calendar (sic) terlebih dahulu makluman awal..." Terima kasih. | Waalaikumussalam. Kami mencadangkan ayat dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: "Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama... dan apa-apa terma dan syarat lain yang berkaitan seperti yang mungkin dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis … selama dua puluh satu (21) hari kalendar". Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2018 |