penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor" | Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang sesuatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang. Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini. | Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa. | Tatabahasa | 13.11.2011 |
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian. | Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia. 2. Editor- Mengetuai operasi penerbitan buletin , seperti memastikan makalah siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif pada makalah tersebut. 3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor. 4. Editor Pengeluaran - Membuat kerja rekabentuk buletin seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf . | Lain-lain | 27.09.2010 |
Kenapa Kamus Dewan Perdana tidak memberi makna "kau" sebagai satu enklitik? | Ya. Kamus Dewan Perdana hanya menyatakan bentuk kata "kau" ini daripada pangkasan kata "engkau" dan berlabel kata basahan. Maklumat tentang enklitik adalah bersifat teknikal dalam bahasa/linguistik. Namun, boleh dicadangkan kepada sidang editor kamus tersebut untuk menambah ilmu bahasa tentang bentuk kata sebegini secara keseluruhan. | Tatabahasa | 21.04.2024 |
Empana Endin Jul 9th, 5:01am Salam..sy telah menghantar karya ke tunas cipta..dan dibayar honarium sbnyk rm 99.dekat mana ya sy nak tau yg karya sy tu dah diterbitkan atau belum.sebab sy tak terima maklum bls dari penerbit.tq | Salam Sejahtera. Saudara boleh bertanyakan kepada sidang editor majalah Tunas Cipta, khairul@dbp.gov.my dan sitinoorisa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.07.2015 |
Merujuk kepada perkara yang dinyatakan, saya telah menerima emel daripada Bank Islam pada 9.10 am 14 Disember 2021. Emel tersebut memberi notifikasi bahawa saya menerima Bayaran Honorarium Artikel Tunas Cipta daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebanyak RM100. Setelah menyemaknya pada 14 Disember sehingga 22 Disember 2021 (1.00 pm), bayaran tersebut masih belum diterima dalam akaun Maybank saya sedangkan saya patut menerimanya pada 14 Disember 2021 selewatnya 5.00 pm. Mohon pihak tuan dapat bertindak sewajarnya berhubung perkara ini. Keterangan transaksi adalah seperti berikut: Tarikh transaksi: 14/12/2021 Status: Approved Beneficiary: Zuraimi bin Mohd Zuber Account Number: 163028655009 EFT/Rec Number: 0017047/21 Berikut diberikan butiran peribadi saya: Nama Penuh: Zuraimi bin Mohd Zuber No. Kad Pengenalan: 850728115451 No. Telefon: 0163593063 | Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Untuk makluman Puan Zuraimi, sidang editor majalah Tunas Cipta telah menemukan kesilapan pada nombor kad pengenalan puan rekod pendaftaran yang menyebabkan pembayaran honorarium itu gagal dibuat. Sehubungan dengan itu, sidang editor telah mengemukakan pembetulan tersebut kepada pihak Kewangan dan Bekalan DBP pada 31 Disember 2021 untuk menyelaraskan semula pembayaran honorarium tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 22.12.2021 |
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan. | 1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini. 2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut: bandar2 n bandar air; bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air; bandar sampah parit tempat membuang sampah; upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil; membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat; membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup. | Lain-lain | 25.08.2022 |
Perbezaan antara “Kamus DBP versi dalam Talian” dan “ Kamus Dewan Edisi Keempat”. | Kamus DBP versi dalam Talian atau Gerbang Kata DBP adalah portal yang menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kata yang terpilih (menepati syarat sebagai kata baharu), akan ditangani oleh sidang editor Bahagian Perkamusan dan kemudiannya akan disiarkan dalam portal ini. Kamus Dewan Edisi Keempat pula ialah kamus yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 manakala edisi ekonomi kamus ini terbit pada tahun 2015. Kamus ini juga boleh diakses secara dalam talian melalui laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Lain-lain | 17.02.2025 |
Pengggunaan Perkataan "Penasihatan" yang tiada di dalam Kamus DBP. Pihak kami (UiTM) sedang merangka satu Garis Panduan Akademik di mana ianya melibatkan penggunaan perkataan Penasihatan yang telah digunapakai oleh beberapa IPTA bagi Garis Panduan Penasihatan Akademik. Hasil semakan di dalam Kamus DBP secara dalam talian, kami dapati tiada maksud penggunaan Penasihatan. Adakah boleh sekiranya perkataan tersebut dimasukkan di dalam kamus DBP dan seterusnya ianya boleh digunakan di dalam penggunaan garis panduan kami dan juga IPTA lain. Terima Kasih | Cadangan perakaman kata baharu iaitu "penasihatan" akan dipertimbangkan oleh sidang editor perkamusan untuk dirakamkan dalam kamus ekabahasa terbitan DBP yang terkini. Tiada halangan bagi penggunaan kata tersebut kerana kata ini mematuhi morfologi atau pembentukan kata bahasa Melayu, serta menepati makna dan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.07.2024 |
Tuan Saya adalah salah seorang penulis dalam Majalah Jabatan Penerangan. Majalah ini lebih berkisar kepada penulisan dalaman yang berkaitan program jabatan. Soalannya ialah...bagi individu yang tiada gelaran hormat Dato/Datuk/ dll perlukah saya meletakkan nama panggilan hormat Encik/ Puan pada setiap nama pegawai kami yang terlibat dalam rencana yang ditulis? atau hanya terhad kepada jawatan Pengarah atau Timbalah Pengarah atau yang lebih tinggi dari itu? atau tak perlu. Contohnya, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Hassan Mohammad...atau Encik Hassan bin Mohammad telah merasmikan..... mana satu standard yang betul? Mohon pencerahan pihak tuan sebab saya keliru memandangkan ada yang kata perlu dan ada yang kata tidak perlu. Kerima kasih. | Untuk makluman tuan. Nama pegawai yang terlibat dalam rencana yang ditulis tidak perlu meletakkan nama panggilan hormat sama ada encik atau puan. Namun begitu, terserah atas budi bicara sidang editor organisasi tersebut sama ada perlu memasukkan atau sebaliknya atas kesantunan berbahasa. | Lain-lain | 17.11.2022 |