Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan,Saya hendak bertanyakan soalan tentang kesalahan bahasa dalam ayat yang diberikan di bawah.Terima kasih Mereka mampu meninggi diri danmenunjukkan sikap dan sifat yang negatif.Sikap yang positif akan berinteraksi dengan konndusif apabila berkomunikasi dengan orang lain atau orang yang dekati kita.Hal ini secara tidak langsung akanmeninggalkan kesan seorang yang kaya gemar akan menunjukkan kemewahan diri untuk membiarkan mereka menaruh rasa iri hhati.Ketinggian orang tidak sanggup berganding bahu dengan jiran tetangga kita akibat perhubungan mereka menjadi teruk makin kronik.Sikap yang positif akan menunjukkan teladan baik kepada mereka seperti tahu akan mengambil kira orang lain,bersikap perasaan tidak berpuas hati terhadap orang lain.Malahan sikap yang negatif tidak mengambil kisah hidup orang lain walaupun orang itu ialah orang kemiskinan.Mereka tidak mempunyai hati kasih sayang,keprihatinan,bertolak ansur,berakhlak mulia,berhemah tinggi,saling menghormati dan lain-lain.Fikirlah,kalau kita bersikap begitu akan menyedihkan oranhg lain.Orang yang mementingkan diri akan menghadapi seribu dugaan dan kalangan dalam kkehidupan masyarakat.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa
2. Tanda baca
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Kesalahan ejaan
5. Pemilihan perkataan yang tidak betul
6. Perkataan yang tidak mempunyai jarak 

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Mereka yang meninggi diri ialah mereka yang mempunyai sikap dan sifat negatif. Mereka gemar menunjuk kemewahan diri sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Mereka juga tidak mahu berganding bahu dengan jiran tetangga sehingga menyebabkan perhubungan baik tidak dapat dijalin.  Selain itu, orang yang bersikap negatif tidak akan mengambil kisah akan hidup orang lain walaupun orang tersebut memerlukan bantuan. Mereka tidak mempunyai rasa kasih sayang dan hormat, keprihatinan, sikap tolak ansur dan berhemah dan juga akhlak mulia. Hal ini berbeza dengan orang yang bersikap positif kerana orang yang bersikap positif akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berhemah. Sikap yang positif ini akan memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Kesimpulannya, sikap negatif perlu dielakkan kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam diri dan dalam kalangan masyaraat.
Tatabahasa08.07.2021
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih!

Golongan kata

1.  optimis - kata adjektif dan kata nama

  2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja

3. idealis - kata nama

Ayat

1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara.

2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia.

3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri.

4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan.

Tatabahasa07.03.2010

Kembali ke atas