Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifatnya

Peribahasa

Nampak kulitnya tahulah isinya.

Bermaksud :

Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud bahasa baku.Bahasa baku ialah bahasa yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), dgn kata lain bahasa baku ialah bahasa standardMakna18.08.2007
Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu?Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan.Tatabahasa16.07.2018
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama..

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut)

Tatabahasa04.01.2010
Apakah benarkah istilah atau perkataan teknikal tidak boleh digunakan dalam Bahasa Melayu? Fahaman saya Bahasa Melayu menerima unsur pengaruh daripada bahasa luar termasuk Bahasa Inggeris kerana sifatnya yang dinamik dan berkembang. Manakah penggunaan yang tepat, pendidikan teknikal dan vokasional atau pendidikan teknik dan vokasional? Terima kasih,

Istilah atau perkataan teknikal boleh digunakan dalam Bahasa Melayu. Antara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah.Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga.

Penggunaan yang tepat ialah pendidikan teknikal dan vokasional.

Tatabahasa23.07.2008
Salam, apakah fungsi huruf kecil dalam tanda baca?Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa12.04.2013
makna perkataan dan

Perkataan dan bermaksud kata yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya.

Tatabahasa24.12.2019
Bolehkah digunakan perkataan akhirat sebagai kata nama khas kerana bagi orang-orang Islam akhirat merupakan perkara yang satu dan khas?Perkataan akhirat merupakan kata nama am yang konsep sifatnya umum iaitu tidak diketahui sifat yang sebenar-benarnya dan ciri-ciri khasnya.Tatabahasa06.03.2007
Assalammualaikum tuan/puan. Saya adalah penyelidik yang sedang mengkaji istilah-istilah Melayu lama yang sudah jarang digunakan. saya secara khusus sedang mencari data korpus atau penggunaan istilah "manai" yang asli sifatnya. selain itu saya juga mencari definisi dari istilah tersebut. sejauh pencarian saya, tiada sebarang kamus yang mempunyai entry ini. yang ada hanyalah "manai berumpun". Saya hanya menemukan entry "manai" tersebut di dalam korpus DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menggali lebih dalam tentang istilah ini, ke manakah rujukan yang saya perlu cari? adakah buku, jurnal, atau kamus yang perlu saya rujuk?1. Bagi menambah korpus penggunaan kata manai, saudara boleh memperolehnya daripada https://mcp.anu.edu.au/Q/standard.html.

2. Maklumat tentang makna kata ini terrakam dalam kamus terbitan DBP, misalnya dalam Kamus Dewan (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus-kamus terdahulu seperti Kamus Wilkinson juga boleh dirujuk.

3. Maklumat lain bolehlah digali dengan membuat rujukan di perpustakaan.
Makna30.11.2024
Aniza Borhan 11.59 PAGI As salam... saya ingin mengemukakan kemusykilan... Untuk istilah IT, Home (butang yang terdapat pada papan kekunci - sering diterjemah sebagai RUMAH. Bolehkah saya menggunakan INDUK kerana sifatnya yang sedemikian dan rasanya istilah itu sesuai dengan penggunaannya?Merujuk Kamus Komputer padanan perkataan Home dalam bahasa Melayu ialah rerumah, iaitu tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.Istilah13.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas