| sign posting | penggunaan papan tanda | Lain-lain | 07.05.2008 |
| Adakah sign board syarikat saya bersesuaian Panduan DBP? Bolehkah saya walk in HQ DBP untuk pertanyaan? Bolehkah HQ tolong submitkan permohonan saya? | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. Sekiranya ini merupakan iklan papan premis, sila buat pembetulan yang berikut: - Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Contohnya KILANG BARANGAN LOGAM, KILANG BESI, PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN REKA BENTUK BANGUNAN dan sebagainya.
- Sila letakkan pemakluman pemilikan pada bahagian bawah sudut sebelah kanan visual iklan dengan No. SSM yang betul DIMILIKI OLEH: BLUESKY LAND SDN. BHD. 202501003473 (1604886-T)
- SDN. BHD. – Letak titik untuk singkatan dan jarakkan perkataan selepas titik.
- NO. 52, JALAN KUPRUM 4/KU13, MELALUI JALAN BUKIT KERAYONG, KAWASAN PERINDUSTRIAN LADANG ACOB, 42200 KAPAR, SELANGOR. – Betulkan.
| Lain-lain | 05.04.2026 |
| tujuan untuk sign board kedai, bagi permohonan papan tanda kedai pihak majlis nak kelulusan dari pihak dewan bahasa dan pustaka. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" | Lain-lain | 29.08.2016 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "sign petition"? Konteks digunakan pada perkataan berkaitan mengundi. Terima kasih. | Perkataan sign dalam pelbagai bidang istilah diterjemahkan kepada tanda, isyarat, penunjuk, simbol dan pengenal. Sila semak keseluruhan ayat dan selaraskan istilah yang sesuai dengan konteksnya sama ada petisyen tanda/isyarat/penunjuk atau sebagainya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2014 |
| saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikat | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
| Lain-lain | 11.12.2024 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin dapatkan padanan terjemahan untuk istilah "sign" dan "soul" bagi konteks ayat berikut: "In demonology, a seal, also known as a sigil, is the signature of a devil, demon or similar spirit, usually in order to sign a soul away." | Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi "usually in order to sign a soul away" ialah kebiasaannya untuk menggadaikan jiwa. | Makna | 25.01.2021 |
| SAYA INGIN BERTANYA.SAYA DIBERITAHU UNTUK MEMOHON LESEN PERNIAGAAN, KITA MESTILAH MENYEMAK PENGGUNAAN NAMA UNTUK SIGN BOARD PREMIS PERNIAGAAN KITA.ADAKAH SAYA PERLU MERUJUK DBP DI SINI.UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN/PUAN, NAMA SIGN BOARD YANG INGIN SAYA SEMAK PENGGUNAAN BAHASANYA IALAH 'ALIA AYAM PERCIK' | Masukkan keterangan premis di bahagian paling atas, iaitu "RESTORAN". Di baris kedua barulah nama kedai "ALIA AYAM PERCIK". Jika ada keterangan tambahan masukkan di baris yang seterusnya. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 08.06.2015 |
| Apakah terjemahan yang paling tepat untuk 1- 'Authorized Signatory'? 2-Electronically sign contract on PPR ( PPR=contoh nama kontrak) 3-Pre-signed contract Terima kasih | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: 1. Authorized signatory: Penandatangan berwenang 2. Electronically sign contract: Tandatangan kontrak secara elektronik 3. Pre-signed contract: Kontrak pratandatangan | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2020 |
| Mohon menyemak ejaan sign board kios di dalam pusat pembeli belah IOI City Mall Putrajaya | Ejaan yang digunakan pada visual papan iklan adalah betul. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktihkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| Lain-lain | 31.10.2022 |
| Saya nak buat sign board untuk pusat tuisyen. Bagaimana saya naj mohon? | Tuan, Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan premis boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Walau bagaimanapun, pada bulan Ramdan, kaunter dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, puan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 22.06.2019 |