Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih. | Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan, pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan . | Makna | 29.11.2018 |
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan. | Salam sejatera, Seksyen Audit dan Pensijilan. | Ejaan | 07.12.2012 |
JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333 | Sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |
sukuk | SIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH. | Istilah | 22.10.2010 |
Salam. Saya ingin mengethui cara untuk mendapatkan khidmat penterjemahan dokumen berikut dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris untuk keperluan peribadi saya bagi tujuan immigration. Juga kos yang teribat. =Kad pengenalan =Lesen Memandu =Sijil kelahiran =Sijil Pelajaran Malaysia =Sijil Universiti = Sarjana Muda =Transkripsi universiti sarjana muda =Sijil pendaftaran Malaysian Dental Council =Sijil Nikah/ Perceraian/ =Aduan/ laporan polis =Sijil Hakmilik Penjagaan Anak Adakah selepas penterjemahan, dokumen=dokumen tersebut perlu disahkan oleh mana=mana pihak? Terima kasih. | Wassalam, Puan, Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menyediakann perkhidmatan terjemahkan tersebut. Pihak puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Perterjemah Malaysia kerana mereka menyedikan perkhidmatan tersebut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.02.2017 |
Dalam penulisan sijil seperti sijil penyertaan atau penghargaan, mohon pandangan dan pengesahan pihak tuan penggunaan ayat yang betul sama ada ayat 1: Dengan ini disahkan atau ayat 2: Dengan ini mengesahkan. ? Semakan penggunaan ayat bahasa inggeris "this is to certify" diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah "dengan ini mengesahkan". | Ayat yang betul untuk digunakan dalam sijil ialah 1. Dengan ini disahkan | Lain-lain | 23.11.2016 |
salam..murid yg menyertai pesta buku abangsa ini, diberikan sijil penyertaan dan penghargaan @ tidak | Salam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan semua aktiviti di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 adalah berbentuk aktiviti untuk mempromosikan produk DBP. Oleh itu, tiada sijil penyertaan atau penghargaan diberikan kecuali ada bahagian-bahagian di jabatan tertentu menyediakan sijil-sijil atas dasr jemputan menyertai atau penghargaan kerana mengikuti. Moga maklumat ini dapat membantu. Sekian. | Lain-lain | 22.04.2014 |
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan | Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009. | Tatabahasa | 14.11.2009 |
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |
Sijil yang diluluskan tetapi tanpa iklan yang permohon. | Mohon tuan/puan hubungi Puan Raja Bi bin Noordin di talian 03-21479377 atau 03-21479691. | Lain-lain | 17.06.2017 |