Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia'

1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. 

Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul.

2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif.

3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat,  ia bercita-cita hendak menjadi doktor.

Tatabahasa28.05.2010
Adakah perkataan di papan tanda berikut tepat? LETAK SIKAL AWAMPerkataan yang boleh digunakan ialah "TEMPAT LETAK BASIKAL AWAM" atau "TEMPAT LETAK MOTOSIKAL AWAM".Lain-lain06.06.2024
Adakah perkataan papan tanda berikut betul dari segi bahasa? LETAK SIKAL AWAM

Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual papan tanda, sila kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun terlebih dahulu untuk permohonan kali pertama dan akaun akan diaktifkan melalui e-mel tuan/puan.

Tatabahasa06.06.2024

Kembali ke atas