Saya mencari dalam ruangan ini makna perkataan sir untuk mengetahui lebih lanjut maksud disir. Malangnya tidak ada maksud sikat. Dalam penggunaan kami sir juga bermaksud sikat. Contoh, sikat rambut , mahupun sikat pisang. ..."cuba sir pisang tu dan bagi kat pakcik itu." Harap dapat dapat ditambah dalam entri. | Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. | Makna | 23.11.2013 |
1. Adakah "sikat" dan "berus" boleh diterima sebagai kata kerja tunggal? 2. Betulkah penggunaan perkataan "sikat" dan "berus" seperti berikut: a> Anisa sikat rambutnya. b> Ali berus kasutnya. **Terima kasih** | Sikat dan berus ialah kata nama am. Ayat yang betul ialah "Ali menyikat rambutnya" dan "Ali memberus kasutnya". | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
PENJODOH BILANGAN UNTUK SIKAT | Penjodoh bilangan bagi sikat ialah batang. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. | Lain-lain | 12.04.2010 |
saya ingin mengetahui penjodoh bilangan bagi " sikat" rambut | Penjodoh bilangan bagi sikat ialah batang. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. | Lain-lain | 10.03.2009 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN YG SESUAI UNTUK 1. SIKAT RAMBUT. 2. REBUNG (rebung yg masih di pangkal pokok buluh). Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang sesuai bagi sikat rambut dan rebung ialah batang. | Tatabahasa | 02.09.2007 |
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya. | Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan. | Lain-lain | 17.01.2008 |