Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.la] | سيلا

Definisi : = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; menyilakan, mempersilakan meminta (men­jemput, mengajak) dgn hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersila­kan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan; tersila terserah (terpulang) kpd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.la] | سيلا

Definisi : duduk dgn kaki berlipat dan bersilang: orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih; mengalih ~ beralih tempat duduk; mengorak ~ bangkit dr duduk; bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki: seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~; ~ angkat duduk dgn melapiskan kaki ke atas paha yg lain; ~ panggung duduk dgn bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki); menyilakan; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.la] | سيلا

Definisi : (Sanskrit) perbuatan yg mengikut per­aturan, budi pekerti, adab; ®pancasila, susila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.la] | سيلا

Definisi : cara duduk dgn kaki berlipat dan bersilang. bersila duduk dgn kaki berlipat dan bersilang. ~ angkat duduk dgn meletakkan betis ke atas paha yg sebelah lagi. ~ lutut duduk dgn melipatkan sebelah kaki mendatar dan yg sebelah lagi ditegakkan. ~ panggung duduk dgn melipatkan kaki dan meletakkan paha di atas paha yg sebelah lagi. menyilakan menyilangkan kaki spt bersila. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.la] | سيلا

Definisi : = silalah, silakan, silakanlah kata utk menjemput orang masuk, naik ke rumah dsb; sudikanlah; jemputlah. menyilakan, mempersilakan me­min­ta (mengajak dsb) dgn hormat: Tuan rumah telah ~ tetamunya masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sila
Kata Terbitan : menyilakan, mempersilakan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih.

Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa09.10.2023
Sila Rujuk FIleTuan/puan perlu merujuk pihak berkaitan yang lebih arif berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. DBP hanya menjawab pertanyaan lazim berkenaan tatabahasa seperti ejaan, tanda baca dan sebagainya.Lain-lain11.09.2025
Sila rujuk pada lampiranPadanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk Product Disclosure Sheet ialah Lampiran Maklumat Produk.Makna16.04.2025
Sila lihat lampiran 1

Kolaborasi menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1132-1133 bermaksud:

  1. Kerjasama dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu.
  2. Kerjasama dengan musuh atau orang jahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya.

Kolaboratif pula merupakan kata adjektif yang berkaitan dengan tugas, perkara dan sebagainya, yang erat dan bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Berdasarkan maksud tersebut, kolaborasi boleh digunakan dalam ayat yang membawa maksud kerjasama untuk tujuan baik.

Bersama menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942 bermaksud:

  1. Tidak ada kecualinya.
  2. Mempersetujui atau melakukan sesuatu dan lain-lain secara beramai-ramai.
  3. Melakukan hubungan suami isteri.

Bersama-sama merujuk:

  1. Sesuatu perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak atau bergandingan.
  2. Bekerjasama atau bantu-membantu melakukan sesuatu.
  3. Berada setia di samping seseorang.
  4. Berserta dengan.
Berdasarkan maksud yang terakam, perkataan bersama boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dan tidak membawa maksud yang tidak baik atau lucah.  
Tatabahasa24.10.2024
Sila rujuk lampiran

Singkatan adalah berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata, iaitu membentuk perkataan. Contohnya, Kuala Lumpur (KL), Tahun Masihi (TM), sentimeter (cm) dan lain-lain.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, nama penuh bagi singkatan PTL, iaitu Penjaja Tanpa Lesen (PTL) perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan jika merujuk kepada Kata Nama Khas. Sekiranya perkataan ini merujuk kepada Kata Nama Am, perkataan penjaja tanpa lesen ditulis dengan ejaan penuh menggunakan huruf kecil tanpa singkatan.

 

Tatabahasa07.10.2024
Sila merujuk kepada lampiran. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 158, salah satu makna perkataan “awas” ialah waspada dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu.  Tiada tercatat dalam kamus ini akronim bagi perkataan “awas” seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian, perkataan “awas” bukan merupakan akronim bagi "anda waspada anda selamat".Tatabahasa27.01.2024
Sila nyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam "Baju yang emak jahit itu saya akan pakai pada pagi raya nanti."Ayat yang betul ialah "Baju yang emak jahit itu akan saya pakai pada pagi hari raya nanti."Tatabahasa06.01.2024
LSila nyatakan soalan dengan lengkap untuk kami membantu anda.Lain-lain27.02.2024
0Sila nyatakan soalan dengan jelas dan lengkap supaya kami dapat membantu puan.Lain-lain12.01.2024
Apakah saranan pihak DBP untuk penggunaan betul ayat di bawah ini? 1) "Sila isikan borang di bawah." 2) "Sila isi borang di bawah." apakah perbezaan antaranya?

Perkataan “isikan” bermaksud “arahan supaya mengisi sesuatu”, manakala “isi” ialah “sesuatu yang termuat dalam sesuatu benda atau kandungan”. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah "Sila isi borang di bawah."

Tatabahasa12.10.2023
12345678910...

Kembali ke atas