Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : duduk dgn kaki berlipat dan bersilang: orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih; mengalih ~ beralih tempat duduk; mengorak ~ bangkit dr duduk; bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki: seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~; ~ angkat duduk dgn melapiskan kaki ke atas paha yg lain; ~ panggung duduk dgn bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki); menyilakan; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = silalah, silakan, silakanlah kata utk menjemput orang masuk, naik ke rumah dsb; sudikanlah; jemputlah. menyilakan, mempersilakan me­min­ta (mengajak dsb) dgn hormat: Tuan rumah telah ~ tetamunya masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sila
Kata Terbitan : menyilakan, mempersilakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat manakah yang betul, dan mengapa? i. sila rujuk pada jadual... ii. sila rujuk kepada jadual... iii. sila rujuk jadual...Frasa yang betul ialah "sila rujuk jadual".Tatabahasa06.05.2015
Yang mana lebih tepat penggunaannya: i. Sila masuk apabila ada urusan ii. Sila masuk jika ada urusan

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan pada frasa tersebut. Namun, perkataan jika lebih kerap diguna pakai yang membawa maksud seandainya. Perkataan apabila pula membawa maksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana dan apakala. Terima kasih.

Tatabahasa08.01.2011
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama

Penggandaan separa  ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal:

laki - lelaki
pohon - pepohon
gelang - gegelang
tikus - tetikus
siku - sesiku

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul?Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa10.08.2007
afiat

Saudara Adnan,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun makna afiat ialah i. pulih, sihat ii. kesihatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

 

Lain-lain04.01.2010
Mana kesalahan bagi ayat II dan III?

Ayat II yang betul ialah “ Jenifer memperagakan baju tradisional kaum Iban semasa sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.”

Ayat III yang betul ialah “Dayang mengunjungi Festival Tari dan Lagu Asli bersama-sama keluarganya.”

Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

Tatabahasa10.10.2024
6.0. FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS Komprehensif hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II)FUNGSI PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHS: Komprehensif hendaklah mengandungi perkara yang berikut: (penerangan sila rujuk kepada carta aliran dalam Lampiran I dan II)Tatabahasa21.10.2015
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin.Tatabahasa25.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas