Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti. | Ejaan yang betul ialah hari bulan.
| Ejaan | 12.07.2012 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian. | 1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
SAYA SELAU SILAP MENGGUNAKAN PERKATAAN DI SAMAADA MELETAKANNYA JAUH @ DEKAT? | Di sebagai awalan ditulis bersambung dengan kata yang mengikutinya seperti dimakan, ditulis, dibaca dsb. yang juga merupakan kata kerja pasif. Di sebagai kata sendi ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya seperti di atas, di bawah, di sana, di sini,dsb. | Tatabahasa | 28.07.2007 |
Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat. | Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain). | Makna | 05.03.2009 |
Bolehkah perkataan 'membaham' digunakan dalam ayat di bawah? Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton. | Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesuata perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Berdasarkan maksud tersebut, ayat "Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton" adalah betul. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja? | Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut: (1) Ali berasa amat mengantuk. (mengantuk = kata adjektif) (2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja). | Tatabahasa | 07.09.2018 |
Assalamualaikum, Saya telah silap memasukan nama untuk urusan pengesahan bahasa bagi pengiklanan papan iklan perniagaan. Saya masukan nama saya & hasilnya apabila sijil telah LULUS dan dikeluarkan nama saya tertera sebagai nama syarikat. Nama syarikat yang sebenar adalah MAHLIGAI CATERING SDN. BHD. Adakah kesilapan ini akan mendatangkan masalah akan datang? Urusan pendaftaran dengan MBSA maksud saya. Berikut adalah pautan sijil saya. Terima kasih | Sila buat permohonan baharu sekiranya tuan memerlukan sijil yang tertera nama syarikat. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan pertanyaan kepada MBSA terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada pihak MBSA menerima sijil tersebut. | Lain-lain | 02.11.2016 |
utk makluman tuan, kalau tak silap saya dlm tatabahasa dewan tidak pernah disebut 'dengan' sebagai kata hubung,tetapi yang saya selalu jumpa 'dengan'tergolong kepada kata sendi nama.saya mahu kepastiannya kerana timbul kekeliruan keika membina ayat. | Perkataan "dengan" tergolong dalam kata sendi nama. Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta, cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat, dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
Nak Tanya "Kalau saya tak silap, ________ ini anak Penghulu Kampung Sebatang. Betulkah?" tanya Ismail kepada seorang pemuda. A. tuan B. saudara Jawapan yang mana betul? kenapa pilih jawapan itu? Terima Kasih atas bantuan. ^^ | Salam sejahtera, Kedua-dua penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' dan 'saudara' boleh digunakan dalam ayat. Namun penggunaan yang lebih tepat ialah kata ganti nama diri 'saudara'. Hal ini disebabkan penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' digunakan dalam konteks rasmi, manakala penggunaan kata ganti nama diri 'saudara' digunakan dalam konteks tidak rasmi. | Tatabahasa | 19.12.2012 |