Ayat mana yang betul ? a. Bunga mawar baunya wangi. b. Bunga mawar wangi baunya. c. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. d. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Terima kasih. | Bunga mawar baunya wangi. Bunga mawar wangi baunya. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Ayat-ayat ini betul. | Tatabahasa | 07.05.2015 |
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan gendang silat? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, tidak terdapat makna khusus bagi istilah gendang silat. Makluman awal yang dapat kami berikan mengenai gendang silat ialah sebuah muzik tradisional masyarakat Melayu yang menggunakan gendang ketika perbuatan bersilat. | Makna | 24.12.2013 |
1. Adakah orang yang mengajar silat itu mahaguru? Contoh soalan: Ali yang sedang belajar ilmu silat itu asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ( mahaguru / jurulatih )nya. 2. Manakah ayat yang betul? A. Buah tembikai itu sudah diambil Ali semalam. B. Buah tembikai itu sudah diambil oleh Ali semalam. C. Buah tembikai itu sudah semalam Ali ambil. Saya berasa keliru dengan jawapan yang diberikan dalam buku. Harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih. | 1. Mahaguru bermaksud ketua sesuatu kumpulan silat. Dalam ayat yang dinyatakan, memadai menggunakan guru silat. 2. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
Saya akan menganjurkan program dalam berkaitan dengan silat dalam kawasan kampong. Program mengandungi pertandingan dan persembahan dari persatuan-persatuan silat. Program dalam sehari sahaja. Apa patut saya gunakan PESTA atau KARNIVAL untuk tajuk atau gambaran kepada majlis tersebut. | Frasa yang sesuai digunakan ialah "KARNIVAL PERSATUAN-PERSATUAN SILAT". | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Pencak silat ___________ salah satu seni mempertahankan diri. Penggunaan kata pemeri manakah yang sesuai dalam konteks ayat di atas, ialah atau adalah? Apakah alasannya? | Jawapan yang tepat ialah: Pencak silat ialah salah satu seni mempertahankan diri. | Tatabahasa | 03.03.2016 |
Assalamualaikum Adakah ayat di bawah ini tepat penggunaan bahasa. PERTANDINGAN SILAT SENI PERINGKAT DAERAH BALING Terima kasih. | Walaikumsalam, ayat yang betul ialah PERTANDINGAN SENI SILAT PERINGKAT DAERAH BALING. | Tatabahasa | 10.05.2015 |
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasih | Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 26.07.2009 |
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, Selangor | Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 10.07.2009 |
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat? | Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll). Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama. Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 21.05.2020 |
saya serta gabungan empat persatuan telah bersetuju bergabung dan ingin mementaskan sebuah karya baru yang mengangkat seni warisan melayu silat khususnya. jadi dapatkah kiranya kerja sama dari pihak DBP dari segi panggung dan nasihat untuk merialisasikan perjuangan ini. | Untuk maklumat dan nasihat berkaitan dengan pementasan karya sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Baidari Evadarweena binti Basri melalui nombor telefon 03-2147 9130 atau e-mel baidari@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.03.2014 |