Saya nama SIM SER KERIM .Sedang belajar bahasa Malayu dasar, Universiti Fatoni ingin bertanya : Apekah makna Derama ? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah drama, bermaksud cerita yang dilakonkan untuk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dan sebagainya. | Makna | 03.11.2015 |
Motosikal ayahnya dibonceng oleh Sim Kee ke sekolah pada setiap hari. Adakah betul penggunaan ayat tersebut? Terima kasih. | Motosikal ayahnya dibonceng oleh Sim Kee ke sekolah pada setiap hari. Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 28.05.2020 |
Untuk menyatakan (disclaimer) bahawa sesuatu aplikasi / sistem hanya boleh digunakan oleh peranti yang mempunyai kad SIM, blehkah ayat ini digunakan? "Hanya untuk peranti yang berkad SIM" Jika tidak, apakah ayat yang sesuai untuk membuat penyataan itu ? Terima kasih | Ya, ayat tersebut boleh digunakan. | Lain-lain | 07.11.2014 |
Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasih | Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya" | Lain-lain | 25.05.2016 |
Salam sejahtera Tuan, Soalan: Abang saya seorang guru. Beliau baru balik dari Johor. ATAU Abang saya seorang guru. Dia baru balik dari Johor. Beliau atau Dia yang sepatutnya diguna dalam ayat. Sekian, terima kasih. | Sim, Penggunaan perkataan atau kata sapaan beliau hanya digunakan untuk kata ganti diri ketiga dan hanya digunakan bagi orang yang dihormati. Walau pun dalam hal ini kita menghormati abang kita namun kita tidaklah sampai menggunakan kata sapaan beliau. Terima kasih. | Tatabahasa | 25.03.2010 |