apakah teori logik simbolik? | Soalan sdr tiada kaitan dengan bahasa. Sdr digalakkan membaca buku tulisan Ferdinand de Saussure yang mengupas beberapa teori logik tentang simbolik. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
apakah konsep makna simbolik dalam semantik bahasa melayu? | Sila rujuk bahan seperti dibawah : 1. Semantik dan pragmantik: satu pengenalan / Norhashimah Jalaluddin, DBP : 1992 2. Menerokai struktur semantic / Nida, Eugene Albert, DBP : 1996 3. Semantik / Palmer, F. DBP : 1989 4. Apa itu semantic / Ismail Jusoh, Pelita Bahasa : November 1998 5. Perkembangan semasa teori semantic / Awatif Muhammad, Pelita Bahasa : Disember 1998 6. Persoalan semantic dalam analisa transformasi / Nik Safiah Karim, Dewan Bahasa : Jun 1978 7. Perwakilan pelbagai paras : satu analisis semantic / Jumiya Ahmad, Jurnal Dewan Bahasa : September 1997 | Lain-lain | 08.07.2008 |
Tuan, diharapkan dapat memberi terjemahan yang bersesuaian untuk istilah 'symbolic inter-actionist role theory' dalam konteks sains sosial. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah interaksionisme simbolik yang merupakan padanan bagi symbolic interactionism. Pihak kami akan mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'symbolic inter-actionist role theory' dan akan memanjangkan kepada pihak puan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
saya perlukan istilah dan maksud perkataan yang sesuai bagi "sociodramatic play" dalam Bahasa Melayu | Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai pangkalan data berkenaan sociodramatic play. Akan tetapi dicadangkan terjemahannya sebagai bentuk drama social dan simbolik yang paling maju. | Lain-lain | 14.10.2015 |
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah? | “Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar. | Lain-lain | 06.06.2017 |
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? | Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang. Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my. | Sastera | 27.12.2013 |
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawab | Assalamuaikum, Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba. Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab. Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik (ab;ab). - Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar. contoh: Petik manggis di waktu senja, Dimakan satu isinya putih; Antara manis dengan manja, Yang mana satu tuan pilih. - kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan. Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang. ada pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat. sekian, terima kasih.
| Sastera | 06.05.2012 |
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...... Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasih | Ungkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. | Lain-lain | 15.04.2012 |
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasan | Ungkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. | Istilah | 21.10.2010 |
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. | Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi. Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa biji saga itu berwarna merah dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.07.2009 |