Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2) Kalang mencuba mengangkat bungkusan simen itu. 3) Dia mengangkat bersama-sama Haikal. 4) Dia mengangkat bersama Haikal. 5) Dia mengangkat bersama dengan Haikal. Terima kasih. | 1. Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2. Ayat 3, 4, dan 5 tidak gramatis kerana tiada objek. Sekiranya ada objek, ayat 3 lebih tepat. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN? | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan. | Istilah | 12.10.2010 |
1.Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.. 2.banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Minta Bantuan analisis ayat sama ada Betul Atsu Salah..tq.. | Kedua-dua ayat berikut betul dengan sedikit pindaan. 1. Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat. 2.Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bata | Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung. Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
pekerja itu "menyimbah" bancuhan simen ke dalam acuan. adakah "menyimbah" betul digunakan di sini? ataupun "menuang"? terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah menuang. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Saya ingin mendapatkan khidmat penterjemahan dokumen Data Keselamatan Bahan simen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Adakah pihak DBDP memberi perkhidmatan tersebut dan bagaimana prosedur serta kadar bayaran khidmat tersebut jika ada perkhidmatan sedemikian. | Saudara Vcyen, Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, wwwterjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 08.09.2009 |
Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu. apabila ayat ini disongsangkan, perlu ke letak partikel 'lah iaitu Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simen atau simenlah? yang mana satu betul? | Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simenlah. - perlu diletakkan aprtikel "lah" | Tatabahasa | 25.05.2011 |
Salam Hormat. Bolehkah bantu saya dalam terjemahan 'Lean Construction' ke Bahasa Melayu? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah lean construction dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah lean concrete dalam bidang Kejuruteraan yang padanan bahasa Melayunya ialah konkrit kurang simen. Sekiranya istilah lean construction ini berkaitan dengan bidang kejuruteraan, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pembinaan kurang simen. | Istilah | 06.01.2011 |
1. Apakah penggunan yang betul untuk "sebagai contoh" atau "sebagai contohnya" di permulaan ayat? Sebagai contohnya, kawasan dalam jarak sepuluh meter dari tebing sungai dijadikan kawasan rizab. 2. Ayat yang sesuai untuk penggunaan "contoh" dan "contohnya". 3. Adakah senarai sesuatu perkara perlu dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. Contoh: Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Sekian. Terima kasih. | 1. Penggunaan frasa "sebagai contoh" lebih tepat kerana "nya" ialah kata ganti nama dan tidak perlu hadir dalam frasa tersebut. Dan begitu juga dalam perkataan contoh, tidak perlu contohnya. 3. Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberikan, betul. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
apakah maksud dasar menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus dewan tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 317, dasar bermaksud 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; | Makna | 04.07.2010 |