Adakah hutan simpan di sesuatu lokasi perlu dieja dengan huruf besar seperti Hutan Simpan Bukit Nanas atau Hutan Simpan Pasoh? Atau memadai dengan hutan simpan Pasoh. | Frasa yang merujuk nama khas perlu ditulis dengan huruf besar. Hutan Simpan Bukit Nanas dan Hutan Simpan Pasoh merujuk kepada nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
Simpan piala itu di mana yang kamu rasa sesuai. Penggunaan 'di mana' dlm ayat tu betul ke tidak? | Perkataan "di mana" dalam ayat tersebut kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah "di mana-mana tempat". | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Minta maaf, kerana saya masih keliru tentang: 1) Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg? Kerana dalam soalan awal, tuan telah memberitahu bahawa kita patut simpan sesuatu | Frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang seperti di dalam gelas, di dalam beg, manakala frasa "ke dalam" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah/tempat yang dituju yang mempunyai ruang yang jelas/abstrak seperti ke dalam sungai, ke dalam beg dan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, ayat Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg adalah betul bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
Salam sejahtera. Saya memerlukan sedikit pencerahan berkaitan istilah "preserve" yang digunakan untuk merujuk kawasan dipelihara alam semula jadinya untuk dilawati oleh pengunjung. Bolehkah dinamakan kawasan itu sebagai kawasan simpan? Adakah berbeza dengan kawasan yang dikatakan "reserve" yang juga membawa maksud "simpan", misalnya hutan simpan. Terima kasih. | Preserve membawa maksud memelihara sesuatu supaya dapat disimpan lama. 2. Melindungi sesuatu kawasan seperti hutan dan lain-lain daripada dirosakkan atau pupus. Istilah "preserve" biasanya digunakan untuk merujuk kepada "awet", manakala istilah "reserve" merujuk kepada "simpan". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.01.2015 |
Apakah perkataan yang sesuai :hutan simpan atau hutan simpanan. | Istilah yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 26.04.2011 |
Hutan simpanan @ hutan simpan yang mana betul? | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 07.05.2012 |
Wang ini engkau perlu simpan untuk hari muka. Kenapa ayat ini salah? | Struktur ayat bahasa Melayu yang betul dan gramatis ialah Wang ini perlu engkau simpan untuk hari muka. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
Selamat sejahtera, Bolehkah "Save over" diterjemahkan kepada "Simpan ganti"? "Save over" bermaksud menyimpan nilai tetapan yang baru dan menggantikan tnilai tetapan yang lama pada aplikasi/perisian (topik: teknologi maklumat) . Sekiranya tidak sesuai, sila berikan pendapat anda. Terima kasih DBP. | Salam sejahtera. Perkataan "save over" tiada dalam data kami. Cadangan tuan untuk menterjemahkan perkataan ini sebagai "simpan ganti" boleh diterima. | Istilah | 22.05.2015 |
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul. | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih. | Saudara, Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja | Tatabahasa | 25.08.2010 |