Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pang.siur] | سيمڤڠ-سيور

Definisi : 1. terlalu banyak dan silang-me­nyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana ber­liku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simpang-siur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya.Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam.Tatabahasa29.02.2012
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'.


Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa23.08.2012
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih)Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
Tatabahasa09.09.2016

Kembali ke atas