Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih. | Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris. | Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya. | Makna | 23.07.2007 |
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan. | Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan. | Lain-lain | 29.04.2011 |
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasih | Menumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan. Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa). | Tatabahasa | 16.01.2013 |
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
Salam sejahtera. Adakah "orang tua" tergolong dalam simpulan bahasa? Terima kasih. | Orang tua bukan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |
Saya ingin tahu erti yang tepat tentang Simpulan Bahasa "Berani mati" Di sekolah-sekolah di Singapura Simpulan Bahasa itu mempunyai erti "sangat tekad" . Apakah itu erti sebenarnya? Guru-guru terpaksa gunakan erti di atas sebab telah ditentukan oleh pihak "pakar" Setahu saya, (guru lama) erti itu, membawa makna "orang yang berani dan tidak hiraukan nyawanya ketika melakukan sesuatu atau sangat berbahaya. Harap dapat penjelasan dari pihak tuan/puan. Terima kasih | Encik Khalid terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Secara umumnya kita boleh berikan maknanya sebagai sangat tekad tetapi huraian yang saudara berikan itu adalah lebih tepat maknanya. Terima kasih. | Makna | 13.07.2009 |
•Disertakan ayat contoh, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. ATAU •Disertakan contoh ayat, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. •Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun frasa "ayat contoh" lebih banyak digunakan kini kerana ayat itu yang dijadikan contoh sama seperti frasa "rumah contoh". | Tatabahasa | 06.06.2012 |
adakah salah laku dan tingkah laku itu simpulan bahasa (peribahasa)? | Salah laku dan tingkah laku merupakan fasa biasa, bukannya dikategorikan sebagai simpulan bahasa atau peribahasa. | Lain-lain | 27.03.2008 |