"...muka hadapan akhbar Sinar Harian." atau "...muka depan akhbar Sinar Harian." atau kedua-duanya betul dan tepat? | Salam saudara, Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu muka depan dan muka hadapan adalah betul dan boleh digunakan. | Makna | 09.10.2012 |
ape makna dan maksud istilah 'kirana' 'aruna' 'kinara' | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bagi perkataan kirana ialah ark sinar; 2. cantik, elok, indah. Istilah aruna pula digunakan dalam bidang kimia, manakala istilah kinara tiada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 11.02.2010 |
ingin mengetahui istilah garnet diterjemahkan dalam bahasa malaysia | Istilah garnet dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud sejenis batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata. | Istilah | 18.06.2009 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang imbuhan suatu perkataan. Contohnya, perkataan "menyerah" yang berasal dari kata dasar" serah" ini, mempunyai imbuhan "men" atau "meny". Terima kasih atas perhatian. | Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menhadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah. Untuk makluman, tiada imbuhan awalan meny- dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)? | Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001 | Lain-lain | 18.10.2007 |
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra? | 1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar. 2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting." Bezanya adalah seperti berikut: beratapmempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkanmempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; 2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan." 3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya." menyilaukanmenyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku; tersilaumenjadi silau; | Tatabahasa | 07.12.2009 |