Apa ertinya banner Sinaran Harian "Kita Kulun, Kita Kampoi."? Editornya tidak menjawab pertanyaan ini. | Perkataan "kampoi" bermaksud menggulung atau melilit benang pada sesuatu, manakala "kulun" tiada dalam rujukan kami. Kemungkinan bahasa yang digunakan ialah bahasa dialek atau slanga. Walau bagaimanapun, editornya yang patut menjawab perkataan ini. Perkataan yang hendak digunakan sepatutnya dapat difahami supaya mesejnya sampai kepada khalayak. | Makna | 31.01.2010 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih. | 1. Residensi Sinaran 2. Residensi Utopia 3. Residensi Seri Sinar 4. Residensi Seri Unggul | Tatabahasa | 17.10.2017 |
maksud minimum,upah minimum | Maksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan = mengurangkan ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling rendah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit. | Makna | 16.09.2010 |
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihan | Frasa-frasa ini tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi. | Tatabahasa | 21.07.2019 |
Tuan/Puan, Saya sedang manjalankan kajian tentang penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Dalam proses mengumpul buku rujukan dan kertas kajian berkenanan penjodoh bilangan, saya telah menghadapi masalah. Saya telah cuba melayari laman web UM dan Perpustakaan Negara tetapi hasil dapatan adalah tidak memuaskan. Bolehkan pihak tuan memberi cadangan tentang buku-buku akademik dan kamus yang berkaitan dengan subjek penjodoh bilangan? Segala bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Beberapa makalah dan buku yang berkaitan dengan penjodoh bilangan antaranya termasuklah: YIIB: Perihal Penjodoh Bilangan | Zasran Abdullah | Utusan Borneo | 28.01.2008 Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1995 Penjodoh Bilangan | Saudara Sinaran Berhad, | 1961 | Tatabahasa | 18.03.2011 |