Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih.1. Residensi Sinaran 
2. Residensi Utopia
3. Residensi Seri Sinar
4. Residensi Seri Unggul
Tatabahasa17.10.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas
2. Warm glow  - Sinaran Hangat/Panas
3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin
4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat
5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat
6. Governing law -  Undang-Undang Pemerintah
7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir
Terima kasih.
Makna04.09.2020
lampiran​Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu:

1. secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri
ialah,
2. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

1. Hujan
merupakan perumpamaan bagi al-Quran.
2. Bunyi petir merupakan perumpamaan bagi larangan yang ada di dalam al-Quran.
3. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan di dalam al-Quran.
4. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan bagi kebenaran yang kadang-kadang muncul untuk mereka, manakala menutup telinga kerana kerasnya bunyi petir merupakan perumpamaan bagi sikap mereka yang berpaling daripada kebenaran dan keengganan mereka menerimanya.

Tidak semua ayat memerlukan penggunaan kata pemeri. Contohnya, “Pegawai kerajaan
merupakan 30% daripada penyumbang utama zakat.” Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1918 menghuraikan makna bagi perkataan “merupakan”, iaitu menjadi atau bertindak sebagai.

Perkataan
di dalam yang digunakan dalam ayat tersebut tepat dan boleh digunakan.

Pihak kami hanya menyemak aspek tatabahasa. Kami tidak menyemak dan mengesahkan fakta dalam ayat yang dinyatakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 263 hingga 265.

Tatabahasa23.12.2024
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023

Kembali ke atas