Adakah ayat berikut betul? Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya. | Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya. Ayat ini tidak gramatis dan boleh dibetulkan menjadi Yuk Sing memaklumkan kehilangan rakannya kepada guru pengiring. | Tatabahasa | 28.01.2015 |
Dalam bahasa Inggeris "Sing it" diterjemahkan ke "Nyanyikannya". Jadi "Rap it" patut diterjemahkan ke "Rapkannya" atau "Nyanyikan rap"? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | "Rap it" boleh diterjemahkan kepada rapkan (sesuatu). Contoh: Rapkan lagu itu. | Makna | 11.11.2022 |
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. | Lain-lain | 01.10.2021 |
Saya tinggal di Jerman dan sekarang sedang berusaha untuk menyunting Wikipedia bahasa Melayu. Tolong berikan kata ganda bagi kata nama: kuantum. Adakah kuantum-kuantum? Di dalam bahasa Latin, kata ganda bagi kata nama ini ialah quanta (quantum (sing.)). Memandangkan hukum di dalam bahasa Latin amat berlainan dengan bahasa Melayu, saya mencadangkan untuk mengguna kuantum-kuantum. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kuantum bermaksud 1. banyaknya,bilangannya 2. bahagian(banyak)yang tertentu3. (Fiz)kuantiti tenaga tertentu yang boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu perkataan ini tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu Sing | Ayat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
| Tatabahasa | 29.10.2015 |