Apa terjemahan dan singakatan untuk "all-points bulletin (APB)"? Terima kasih. | Padanan bagi istilah 'all-points bulletin' ialah buletin semua hal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2022 |
Adakah terdapat terjemahan untuk singakatan DD/MM/YY, yang berkaitan dengan tarikh? klau nak terjemahkan juga, apakah yang paling sesuai digunakan? | Tuan, Untuk makluman, dalam bahasa Melayu tidak ada terjemahan atau singkatan untuk tarikh seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. | Lain-lain | 26.06.2019 |
1.Bagaimana cara menulis singakatan Yang Berbahagia ? Adakah Y.Bhg. atau YBhg. 2. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk atau Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk ( Yang mana betul) Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. 2. Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Tatabahasa | 21.03.2013 |